Infotainment

Bahagia Sangat Lepas Kahwin, Berat Badan Shahir Naik Mendadak

Bahagia Sangat Lepas Kahwin, Berat Badan Shahir Naik Mendadak
Bahagia Sangat Lepas Kahwin, Berat Badan Shahir Naik Mendadak 1

Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Jaskin Jaludin, penyanyi Shahir mengakui dia kini menjalani momen bahagia selepas berkahwin.

Memetik BH Online, Shahir memberitahu berat badannya kini naik mendadak kerana begitu bahagia serta memuji isterinya seorang yang pandai memasak.

BACA: “Isteri Tak Tahu Saya Artis, Dia Tak Tengok AF” – Shahir

“Selepas kahwin saya semakin berisi. Alhamdulillah, semuanya lebih teratur dan pemakanan juga terjaga. Kalau nak tanya berapa banyak badan naik, anda tengok sudah tahu. Isteri saya memang pandai memasak.

“Masa bujang saya boleh kawal pemakanan, tetapi sekarang, bila isteri masak takkan saya tak nak makan,” katanya.

Ditanya adakah dia risau dengan penampilannya memandangkan berat badannya kini naik, Shahir berkata dia reda dengan fizikalnya sekarang.

“Dahulu, saya tidak suka keluar dalam media sosial apabila badan saya berisi. Tetapi, sekarang saya amalkan konsep reda apabila bersama ustaz. Jadi, saya reda sahaja berat badan sekarang. Yang penting, saya sihat,” katanya.

Apabila sudah berkahwin, pasti tidak akan terlepas dengan pertanyaan mengenai cahaya mata. Shahir berkata dia tdan isteri tidak merancang dan menyerahkan rezeki zuriat kepada Allah.

“Semuanya bergantung kepada rezeki. Saya tidak merancang sama ada nak ada anak atau menangguhkannya. Jika rezeki cepat, Alhamdulillah.

“Kita berdoa mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki. Tetapi buat masa ini, belum lagi. Saya nampak seperti mengandung, tetapi tidak,” katanya.

Shahir selamat diijabkabulkan dengan Jaskin ddi sebuah premis perkahwinan di One City, Subang Jaya pada 3 September lalu.


Bahagia Sangat Lepas Kahwin, Berat Badan Shahir Naik Mendadak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo