Artikel Terkini

Bajet 2023: Kebajikan masyarakat Cina turut diberi tumpuan

Bajet 2023: Kebajikan masyarakat Cina turut diberi tumpuan
Bajet 2023: Kebajikan masyarakat Cina turut diberi tumpuan 1

SEREMBAN –  Bajet 2023 yang dibentangkan bulan depan akan mengambil kira kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh termasuk usaha memperkasakan komuniti Cina di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bertujuan memastikan semua ahli Keluarga Malaysia dapat menikmati manfaat daripada pencapaian pembangunan negara tanpa kompromi terhadap hak generasi akan datang.

“Kerajaan juga memberi jaminan untuk terus  menumpukan kepada usaha memperkasa komuniti masyarakat cina baik di kawasan bandar mahupun luar bandar dalam pembentangan Bajet 2023 pada awal bulan depan.

“Antara tumpuan utama negara adalah untuk kembali pulih selepas pasca pandemik Covid-19 dan ini termasuklah mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan rakyat serta memastikan kelangsungan sektor perniagaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutup Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-37 Tahun 2022 di Dewan Serbaguna Sekolah Tinggi Chung Hua di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Dr. Goh Tian Chuan.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan turut memberi tumpuan kepada persekitaran hidup yang selamat dan selesa, dengan menekankan pembangunan yang inklusif serta selari dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, konsep Keluarga Malaysia yang telah beliau perkenalkan selari dengan matlamat untuk membina perpaduan yang utuh serta mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

“Kerencaman identiti dan budaya yang ada dalam kalangan kita sewajarnya merapatkan hubungan antara kaum supaya kita boleh mempelajari falsafah setiap budaya yang berbeza ini.

“Impian saya adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, harmoni dan hidup sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Beliau berkata, konsep tersebut telah disebarkan ke seluruh negeri melalui Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia serta pelbagai program yang diadakan di peringkat kementerian serta jabatan, malah ia turut disambut oleh pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat.

“Natijahnya, saya melihat insiden-insiden provokasi perkauman dan agama semakin reda. Kestabilan politik, keharmonian kaum dan agama sangat penting dalam negara majmuk seperti Malaysia untuk menggerakkan ekonomi negara melangkah ke hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Bajet 2023: Kebajikan masyarakat Cina turut diberi tumpuan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list