Infotainment

Bakal Ganti Jazz, Honda Malaysia Kongsi Video ‘Teaser’ City Hatchback

Bakal Ganti Jazz, Honda Malaysia Kongsi Video ‘Teaser’ City Hatchback
Bakal Ganti Jazz, Honda Malaysia Kongsi Video 'Teaser' City Hatchback 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Minggu lalu, gambar pekerja bersama model terakhir Honda Jazz di Malaysia telah meraih perhatian ramai kerana model tersebut cukup ikonik dikalangan peminat-peminat kereta Honda bersaiz kompak.

Nampaknya orang ramai tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mengetahui ‘pengganti’ kereta tersebut. Pada tengah hari tadi, Honda Malaysia telah mengejut orang ramai apabila memuat naik satu video ‘teaser’ pendek model Honda City Hatchback.

Kereta ini mempunyai ‘rupa’ yang sama seperti model Honda City sedan baharu, tetapi ia bersaiz lebih kompak dan sporty. Video yang dimuat naik ini sekaligus menguatkan dakwaan bahawa model ini menjadi pengganti Honda Jazz yang ditamatkan pengeluaran pada minggu lalu.

Dalam video pendek berdurasi 10 saat itu juga, Honda Malaysia menampilkan model City Hatchback RS yang merupakan antara varian tertinggi bakal ditawarkan dalam pasaran tempatan nanti. Selain Malaysia, model kereta ini sudah pun dijual di negara jiran Thailand dan juga Indonesia.

Setakat ini tiada info lanjut mengenai spesifikasi Honda City Hatchback yang bakal ditawarkan kepada para pelanggan di Malaysia. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Honda Malaysia dalam masa terdekat.

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk lihat gambar model Honda Jazz terakhir yang dibuat di kilang yang terletak di Pegoh, Melaka.

Honda Secara Rasmi Tamatkan Pengeluaran Model Jazz Di Malaysia

Thailand Lancarkan ‘Honda Civic FE’, Harga Bermula Daripada RM122,100

Honda Lancar Legend Hybrid EX, Lengkap Dengan Sistem ‘Auto-Pilot’ Tahap 3


Bakal Ganti Jazz, Honda Malaysia Kongsi Video 'Teaser' City Hatchback 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list