Artikel Terkini

Balance Transfer: Solusi Kepada Hutang Kad Kredit Anda!

Balance Transfer: Solusi Kepada Hutang Kad Kredit Anda! 1

Balance Transfer: Solusi Kepada Hutang Kad Kredit Anda! 2

balance transfer

 

Apa Itu Balance Transfer?

Balance transfer adalah satu kaedah memindahkan hutang kad kredit anda dari satu bank ke bank lain. Ia bermaksud bank baru membeli hutang anda dari bank yang anda berhutang sekarang dan bank baru menawarkan kadar faedah tahunan yang lebih rendah atau tiada kadar faedah yang dikenakan.

balance transfer

Kenapa Perlu Buat Balance Transfer?

Kerana kadar faedah yang diperkenalkan adalah lebih rendah! Kadar faedah kredit kad yang biasa dicaj oleh pengeluar kad kredit adalah sebanyak 18% setahun atau 1.5% sebulan. Sebelum memilih tawaran balance transfer, pastikan anda menyemak;

  • Interest tahunan/bulanan (untuk amaun dipindahkan)
  • Upfront fee (untuk amaun dipindahkan)
  • Annual Fee (bagi kad kredit yang dipilih)
  • Exit fee / penalti (jika nak buat early settlement sebelum habis tempoh)

Terdapat pelbagai tawaran yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit. Ada sesetengah pengeluar kad kredit tidak mengenakan sebarang kadar faedah namun mengenakan caj sebanyak 3% dari baki hutang kredit kad sebagai upfront fee.

Selain dari upfront fee, ada sesetengah pengeluar kad kredit mengenakan annual fee minimum sebanyak RM 50 dan kebiasannya kita akan mendapat dua kad iaitu kad kredit versi mastercard dan kad kredit versi Visa. Jumlah annual fee untuk dua kad sahaja sudah mencecah RM 100.

Exit fee juga akan dikenakan sekiranya kita membuat bayaran penuh awal dari tempoh yang telah dipersetujui antara kita dan pengeluar kad kredit.

Untuk balance transfer, kontrak tempoh pembayaran yang diperkenalkan biasanya adalah selama 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan bergantung pada pilihan anda.

Pengeluar kad kredit juga menetapkan amaun minimum hutang kad kredit yang layak untuk balance transfer. Kebiasaannya amaun minium adalah sebanyak RM 1000.

Proses Permohonan

  1. Mohon kad kredit di pengeluar kad kredit pilihan anda.
  2. Setelah dapat kad kredit, mohon Balance Transfer. Anda boleh rujuk kepada staf syarikat pengeluar kad kredit sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan.
  3. Beberapa dokumen untuk permohonan balance transfer diperlukan dan secara amnya pengeluar kad kredit memerlukan;
    1. Salinan kad pengenalan
    2. Penyata hutang kad kredit
  4. Kemudian, tunggu pengeluar kad kredit hubungi anda.

balance transfer

 

Penjimatan Hutang Dengan Balance Transfer

Berapa penjimatan hutang yang anda dapat apabila membuat balance transfer? Jom kita lihat situasi di bawah;

Situasi 1: Bayar Ansuran Hutang Kad Kredit Pada Kadar Minimum

Aidil mempunyai kad kredit dengan hutang tertunggak sebanyak RM 10,000 dengan kadar 18% setahun. Sekiranya Aidil membayar ansuran hutang kad kredit dengan jumlah minimum, iaitu 5% dari baki hutang atau sebanyak RM 500 sebulan.

balance transfer

Aidil akan mengambil masa 89 bulan (7 tahun 5 bulan) untuk melangsaikan semua hutang (rujuk gambar di atas).

  • Annual fee untuk 2 kredit kad bagi tempoh 8 tahun: RM 50 x 2 kad (Visa & Mastercard) x 8 tahun = RM 800
  • Faedah: RM 4056
  • Jumlah bayaran termasuk faedah : RM 16,026
  • Jumlah keseluruhan: RM RM 16,026 + RM 800 = RM 16,826

Situasi 2: Bayar Ansuran Hutang Kad Kredit Dengan Balance Transfer

Aidil mempunyai kad kredit dengan hutang tertunggak sebanyak RM 10,000 dengan kadar 18% setahun dari pengeluar kad kredit A. Beliau kemudian membuat balance transfer ke pengeluar kad kredit B dengan syarat-syarat berikut;

3% Upfront Fee dikenakan ketika pendaftaran dan dicampur dengan baki hutang kredit kad. Jumlah upfront fee adalah sebanyak RM 300.

Ketika ini, baki hutang yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 10,300.

Pengeluar kad kredit memberi tawaran sekiranya kesemua baki hutang dilangsaikan dalam masa 12 bulan, tiada kadar faedah yang dikenakan.

Untuk 12 bulan pertama, ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak;

RM 10,300/12 bulan = RM 858.40

Annual fee juga dikenakan pada kad kredit Master Card dan Visa baru pada kadar RM50 setahun bagi satu kad. Jumlah yang bayaran adalah sebanyak RM 100 dan perlu dibayar terus semasa memohon kredit kad baru.

Secara kesimpulan, hutang keseluruhan Aidil dengan pengeluar kad kredit baru adalah sebanyak RM 10,400 ringgit (RM 10,300 + RM 100) dan ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 858.30.

Aidil telah jimat sebanyak;
RM 16,826 – RM 10,400 = RM 6,426

 

Menarik Bukan?



Balance Transfer: Solusi Kepada Hutang Kad Kredit Anda! 2

Source link