Berita

Balasan pukul pekerja stesen minyak

Balasan pukul pekerja stesen minyak 1

Balasan pukul pekerja stesen minyak 2

Jelebu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Jelebu, di sini, hari ini, selepas mengaku salah memukul seorang pekerja stesen minyak di Taman Sri Chempedak, Kuala Klawang, Disember lalu.

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Hidir Malik, 38, dari Titi, Jelebu selepas dia mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, pada jam 4.30 petang 19 Disember lalu, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Mohamad Aiman Nasir Abdullah, 20, dengan menggunakan topi keledar.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai penunda kenderaan datang ke stesen minyak bagi mengisi minyak motosikal.

Bagaimanapun berlaku sedikit tumpahan minyak pada motosikal menyebabkan tertuduh memarahi pengadu dan kemudian memukulnya menggunakan topi keledar di kepala sebanyak satu kali.

Tertuduh turut memukul pengadu menggunakan tangan pada bahagian muka sebanyak satu kali sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, media melaporkan kejadian itu selepas video kejadian tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizen yang mahu pelakunya segera ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Berita berkaitan

Suspek pukul pekerja stesen minyak ditahan

Polis buru lelaki pukul pekerja stesen minyak

Balasan pukul pekerja stesen minyak 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo