Artikel Terkini

Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi

Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi
Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi 1

Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi. Balkoni, Ruang Kecil Yang Diabaikan Pemilik. Kediaman bertingkat sememangnya bertuah mempunyai balkoni . Apatah  lagi yang berhadapannya itu pemandangan indah baik kota metropolitan, gunung ganang, lebuh raya atau apa sahaja. Ruangnya juga pelbagai. Ada yang sederhana besar ada juga yang cukup seadanya dan ada juga yang bertuah mempunyai balkoni besar yang cukup selesa.

Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi 2

Sayangnya fungsi ruang ini sudah kian mati. Dari tempat mengambil angin, menyendiri atau bercucuk tanam mahu pun kenyit-kenyit mata dengan anak dara blok hadapan, ruang ini lebih dilihat menjadi stor tempat kita meletakkan segala benda buruk untuk tontonan umum. Mungkin bukan semua pemilik balkoni begitu tetapi ada yang kurang pintar memanfaatkan ruang ini.

Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi 4

Menjemur kain? Itu tidak hairan kerana desakan ruang yang ada namun boleh kita serikan ruang itu dengan pelbagai usaha. Daripada gantungan pokok-pokok berbunga, orkid misalnya ke pokok daun hiasan yang hisar segar. Tidak perlu rimbunan yang keterlaluan.Ada juga yang menyatakan balkoni sekadar sisa ruang yang tidak perlu diberi tumpuan kerana jarang sekali ke sana. Sudahnya ruang tambahan ini dilupakan.

Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi 6

Jika mempunyai anak kecil atau kucing, ditambah jaring sebagai langkah keselamatan. Pokok -pokok renek disusun sepanjang balkoni. Lantainya juga dialas sama ada ambal atau kemasan kayu mudah pasang untuk taman. Serikan dengan kerincing angin, bantal-bantal kecil untuk anda sendiri bersantai, mengambil angin petang atau membaca. Kita adakalanya tertekan menetap di ruang kecil namun jangan kita rosakkan pula ruang santai yang disediakan khas untuk kita.

Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi 8

BACA: Guna Teknik Ini Tanam English Rose Pokok Subur Bunga Merimbun

 

Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo