Artikel Terkini

Bangun segera mekanisme kategori kumpulan nikmati subsidi bersasar

Bangun segera mekanisme kategori kumpulan nikmati subsidi bersasar
Bangun segera mekanisme kategori kumpulan nikmati subsidi bersasar 1

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu membangunkan segera satu mekanisme untuk mengkategorikan kumpulan atau individu yang akan menikmati subsidi bersasar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, negara ini tidak mempunyai pilihan dari segi ruang fiskal kecuali beralih kepada pelaksanaan subsidi bersasar.

“Saya ingat cabaran yang ada pada kerajaan sekarang bukan sahaja memastikan bahawa mekanisme itu adalah sesuatu yang berlaku adil supaya (individu atau kumpulan) tidak tercicir tetapi juga supaya ia dapat dilaksanakan cepat,” katanya pada sidang media penerbitan indeks harga pengguna (IHP) November 2022 di kementeriannya di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor memberikan tempoh selama dua minggu kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji dan melihat implikasi jika subsidi bersasar dilaksanakan melibatkan beberapa keperluan utama rakyat negara ini.

Kataya, pada masa ini beberapa subsidi yang dilaksanakan seperti minyak dan tarif elektrik dimanfaatkan oleh semua rakyat termasuk golongan kaya dan industri besar.

Dalam pada itu, Rafizi menambah, sekiranya keputusan telah dibuat tentang subsidi mana yang perlu diberikan, jabatan-jabatan kerajaan akan mengambil kira kesannya kepada inflasi dan rakyat.

“Jadi, kita perlu mencari keseimbangan yang sebenarnya.

“Tiada gunanya ia naik ke tidak, inflasi ke tidak selagi kita tidak membangunkan mekanisme yang membolehkan kita mula agihkan subsidi dan bantuan kewangan kepada rakyat secara bersasar,” kata beliau. – MalaysiaGazette

Bangun segera mekanisme kategori kumpulan nikmati subsidi bersasar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo