Berita

Bantu usahawan PKS kekal bertahan dalam tempoh PKP

Bantu usahawan PKS kekal bertahan dalam tempoh PKP 1

Bantu usahawan PKS kekal bertahan dalam tempoh PKP 2

Kuala Lumpur: Berdepan cabaran pandemik Covid-19 terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu tentunya menguji perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk kekal bertahan dalam perniagaan.

Namun bagi ZulaikhaMohd Rashid, pelbagai sokongan yang diberikan secara berterusan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) nyata cukupmelegakan lebih-lebih lagi selepas jualan produknya merudum akibat tidak beroperasi sepanjang duaminggu pertama PKP Pengasas Bersama Mr Pepper Foods Sdn Bhd ini berjaya menyelesaikan segala masalah yang wujud ketika itu termasuk membabitkan penghantaran, pengeluaran dan kelulusan beroperasi hinggakan jualan produk kambing perap dan ayam perap keluarannya meningkat mendadak mencecah nilai tujuh angka sepanjang tahun ini. “Sebahagian besar pencapaian ini tentunya didorong oleh pelbagai bantuan yang disediakan MARA. Saya bukan sekadar menerima pembiayaan DanaNITA berjumlah RM20,000 malah diberikan bermacam jenis sokongan lain termasuk Enterprise Management Solution System (EMaSS) dan Kursus Online Shopee. “Memandangkan perniagaan saya berpangkalan di Melaka, pegawai pembimbing MARA di peringkat daerah dan negeri juga tidak ketinggalan untuk terus berikan khidmat nasihat mereka dalam memastikan perniagaan saya terus meningkat lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya.

BIBI Siti Nurba bersama produk minyak wangi jenama Biebon Parfum keluarannya.
BIBI Siti Nurba bersama produk minyak wangi jenama Biebon Parfum keluarannya.

Bagi Pengurus Bibi Siti Resources, Bibi Siti Nurba Mohammed AkbarKhan, produk minyak wangi jenama Biebon Parfum dikeluarkannya kini lebih baik malah boleh dibanggakan selepas pelbagai suntikan sokongan disalurkan MARA. Jelas Bibi Siti Nurba, pelbagai penambahbaikan dilakukannya menerusi pembiayaan DanaNITA yang diperoleh antaranya pemasaran digital dengan membina laman web yang membantu meningkatkan jualan sepanjang tempoh PKP sehingga sekarang. “Bermula dari rumah, kini perniagaan yang diusahakan bersama suami sudah dijalankan di premis khusus dengan bantuan pekerja serta pasukan yang semakin kukuh. “Alhamdulillah, dengan latihan dan kursus yang disediakan pihak MARA menerusi tenaga pengajar yang terlatih, Biebon Parfum juga berjaya mencipta bau asli sendiri dan bukan inspirasi dari mana-mana jenama antarabangsa,” katanya.

NORAZIRA melakukan dekorasi pada kek.
NORAZIRA melakukan dekorasi pada kek.

Sementara itu, Pemilik Zielay Enterprise yang mengusahakan kedai bakeri Zedam Cakes di Terengganu, Norazira Mohd Rozali menyifatkan, kursus disediakan MARA cukup membantunya meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan kek dan bakeri yang diusahakan kini. Jelas bekas pelatih bidang kulinari Pusat GiatMARA Marang yang turut menerima kemudahan pembiayaan perniagaan MARA ini, sokongan seumpama itu diharap dilaksanakan secara berterusan bagi membantu usahawan lain sepertinya. “Siapa sangka selepas hanya dua kali menyertai kelas bakeri anjuran MARA, saya berjaya menghasilkan kek fondant penuh berbentuk ikan paus yang berharga lebih RM3,000,” katanya ketika ditemui.

Bantu usahawan PKS kekal bertahan dalam tempoh PKP 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo