Infotainment

Bapa Sissy Iman Tata Rias Anak Sendiri, Sedih Tiada Yang Taja Baju

Bapa Sissy Iman Tata Rias Anak Sendiri, Sedih Tiada Yang Taja Baju 2

Menerima kecaman netizen berkenaan penampilannya ketika mengendalikan acara karpet merah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) Jumaat lalu, bapa penyanyi Sissy Iman mengakui dialah yang menata rias anaknya.

Akur penampilan anaknya dikecam, Mohammad Kamil Moustaff berkata dia tetap bangga kerana telah melakukan yang terbaik untuk anaknya. Namun, dia akui sedih kerana tiada pihak yang mahu menaja pakaian untuk anaknya.

Bapa Sissy Iman Tata Rias Anak Sendiri, Sedih Tiada Yang Taja Baju 3

“Penampilan anak aku dikecam, hebat di ABPBH2020. Akulah penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam tu.

“Biarlah org kutuk pun, aku akur, aku sedar diri, aku bukan siapa-siapa. Aku sorang bapa yang hanya melakukan tangungjawab supaya anak aku meraih kejayaan.

“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor yang benar-benar approach pun, baik busana mahu pun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun ditempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta,” tulisnya.

Dalam pada itu, Kamil mendedahkan dia sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan baju Sissy serta memastikan anaknya itu tampil sempurna pada acara berkenaan.

“Dari awalnya, aku sendirilah yangg berusha bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan dibaju. Entah berapa ribu kali jari ni tertusuk dek jarum. Mata ni bukan terang sangat pun. Melecur juga kena gam panas merekakan subangnya.

“Dandankan rambut, sarungkan baju betulkan segalanya. Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron bila mendandan rambutnya. Aku ni bukan proffesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku sehabis baik mungkin,” katanya.



Bapa Sissy Iman Tata Rias Anak Sendiri, Sedih Tiada Yang Taja Baju 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo