Infotainment

Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang

Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang 2

Kini Trending

Di Kadun Batu Lanchang, Pulau Pinang, seorang suri rumah telah menyerahkan barang kemas kepada dua individu yang menyamar sebagai penghantar barang. Lebih kejam lagi apabila anak mangsa berusia dua bulan telah disorokkan di dalam sebuah kotak dengan keadaan mulut ditutup dengan sapu tangan dan dilekatkan dengan pita pelekat.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh ADUN Batu Lanchang iaitu YB Ong Ah Teong menerusi laman Facebook. Dia juga menasihati agar orang ramai lebih berhati-hati dan jangan terlalu percayakan orang yang tidak dikenali.

Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang 4

Sumber foto: Ong Ah Teong

Peringatan tersebut dikongsikan YB Ong Ah Teong di platform itu dengan meraih kira-kira 6.3 ribu tanda perkongsian. Dia mengingatkan orang ramai supaya jangan sesuka hati membiarkan orang yang tidak dikenali untuk masuk ke dalam rumah.

Ini adalah berhubung satu kes yang telah berlaku di sebuah pangsapuri di Kadun Batu Lanchang, Jelutong. Difahamkan, kejadian samun itu melibatkan dua individu yang menyamar sebagai penghantar barang dari sebuah syarikat platform jualan online.

Sebaik masuk ke dalam rumah mereka telah mengacukan pisau dan mengugut mangsa iaitu seorang suri rumah bersama anaknya yang berumur dua tahun dan seorang lagi berusia dua bulan.

Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang 5

Sumber foto: Ong Ah Teong

Disebabkan ketakutan, mangsa telah menyerahkan barang kemas sebelum perompak tadi meminta banyak wang. Mereka juga mengancam untuk membunuh seorang lagi anaknya yang berusia dua bulan sekiranya mangsa membuat laporan polis.

Difahamkan, setelah lebih kurang 10 minit suspek beredar dari lokasi, mangsa mendapati bayi berusia dua bulan itu sudah tiada, lalu dia segera menghubungi suaminya. Apabila suami mangsa tiba, mereka sama-sama mencari bayi berkenaan di sekitar flat kediaman tersebut dan gagal menemuinya setelah 30 minit.

Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang 6

Sumber foto: Ong Ah Teong

Sebelum mereka merancang untuk membuat laporan polis, suami mangsa terdengar bunyi bayi menangis. Apabila diperiksa, mereka menemukan bayi berkenaan di dalam sebuah kotak di dalam salah sebuah bilik di rumah. Dalam keadaan mulut ditutup dengan sapu tangan dan dilekatkan dengan pita pelekat.

Susulan itu, pasangan suami isteri ini nekad membuat keputusan untuk melaporkan kes samun itu di Balai Polis Jelutong.

Sumber: Ong Ah Teong


Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang 7

The following two tabs change content below.

Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang 8
Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang 8



Barang Kemas Dirompak, Bayi Dilarikan, Suri Rumah Cemas Berdepan Penjenayah Menyamar Penghantar Barang 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo