Infotainment

Baru 22 Tahun, Wani Kayrie Beli Kereta Mewah RM192,000

Baru 22 Tahun, Wani Kayrie Beli Kereta Mewah RM192,000
Baru 22 Tahun, Wani Kayrie Beli Kereta Mewah RM192,000 1

Siapa sangka baru saja berusia 22 tahun, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie gembira apabila berjaya membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000.

Wani berkata dia sudah lama idamkan memiliki kereta sendiri dan kereta tersebut adalah hasil titik peluhnya yang bertahun mengumpul duit.

BACA: Wany Kayrie Dedah Ada Kawan-Kawan Jadi Sugar Baby

“Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini. Saya sudah lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian. Sebelum ini sudah ada kereta lain, tapi itu lebih pada kereta keluarga.

“Nak beli kereta ini bertahun juga saya kumpul duit. Syukur, ini semua titik peluh kerja pagi balik pagi, kerja ‘back to back’ sampai sakit.

“Semoga dengan hadiah ini menjadikan saya lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya. Sesungguhnya, percayalah pada proses kehidupan yang indah,” katanya.

Mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokongnya, Wani berkata kejayaan yang dikecapinya itu turut terselit doa daripada semua peminatnya.

“Kereta ini sudah ambil seminggu lalu. Tapi, disebabkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan dengan banjir melanda, saya nak menghormati semua. Itu yang saya muat naik hari ini sempena tahun baharu ini.

“Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan saya, terselitnya doa daripada anda semua. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian,” katanya.


Baru 22 Tahun, Wani Kayrie Beli Kereta Mewah RM192,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list