Artikel Terkini

Bayi 17 bulan, ibu cedera dihempap pokok rhu ketika berkelah

Bayi 17 bulan, ibu cedera dihempap pokok rhu ketika berkelah
Bayi 17 bulan, ibu cedera dihempap pokok rhu ketika berkelah 1

MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dan ibunya cedera selepas dihempap sebatang pokok rhu yang tumbang ketika sedang berkhelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa ketika itu sedang mendukung bayu tersebut manakala dua lagi anaknya dan suami sedang bermandi-manda di pantai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, ketika kejadian mereka sedang berkelah selepas hujan sebelum tiba-tiba sebatang pokok rhu tumbang dan dahan pada bahagian tengah pokok menghempap dua beranak itu.

“Dahan pokok itu menghempap belakang kepala ibu kanak-kanak itu menyebabkan kedua-dua mereka tersungkur dan tersembam ke dalam pasir.

“Kedua-dua mangsa kemudian dibantu orang ramai yang mengalihkan dahan pokok dan mengorek pasir bagi menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan ibu kanak-kanak itu cedera dibelakang kepala manakala bayi itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka kerana mengalami gangguan pernafasan.

“Sebenarnya, semua pokok rhu di sini sedang dalam tindakan untuk dicantas atau ditebang oleh pihak berkuasa, namun kejadian ini berlaku di luar kawalan.

“Sebagai langkah awal, saya telah berhubung dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zainal Abu untuk menebang sebahagian pokok rhu yang berisiko tumbang kerana sudah berusia lebih 23 tahun,” katanya.

Tambahnya, kawasan berkenaan juga akan ditutup daripada sebarang aktiviti perkhemahan dan perkelahan buat sementara waktu bagi mengelak kejadian berulang. – MalaysiaGazette.

Bayi 17 bulan, ibu cedera dihempap pokok rhu ketika berkelah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo