Infotainment

Bazar Ramadan Di Terengganu Pertama Ditutup Kerana Gagal Patuhi SOP

Bazar Ramadan Di Terengganu Pertama Ditutup Kerana Gagal Patuhi SOP 2

April 17th, 2021 | by Amat

Kini Trending

Sebelum ini, pihak kerajaan kerap menasihati orang untuk mematuhi SOP ketika berada di bazar Ramadan. Namun, jika gagal mematuhi SOP yang disarankan, berkemungkinan bazar Ramadan di lokasi berkenaan akan ditutup.

Situasi ini bagaimanapun baru saja terjadi di bazar Ramadan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai di Terengganu disebabkan terlalu ramai pengunjung sehingga menyebabkan kesesakan berlaku.

Bazar Ramadan Di Terengganu Pertama Ditutup Kerana Gagal Patuhi SOP 5

Foto hiasan

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan negeri (JKNT) telah mengeluarkan notis penutupan sementara bagi bazar Ramadan di Kampung Tok Adis selama 15 hari berkuat kuasa. Bazar berkenaan diarahkan tutup selepas empat hari beroperasi disebabkan gagal mengawal kemasukan pengunjung sehingga berlakunya kesesakan.

Pengarah Kesihatan negeri iaitu Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan notis tersebut dikeluarkan bagi menjalankan kerja-kerja mencegah dan sanitasi semula.

Pada menjalankan kuasa di bawah Seksyen 18(1Xd), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), saya selaku pegawai diberi kuasa dengan ini memerintahkan premis itu ditutup selama 15 hari berkuat kuasa semalam sehingga 30 April ini.

Penganjur memaklumkan bahawa sewa setiap gerai dinaikkan dengan alasan mahu menyediakan perkhidmatan pasukan Rela dan kakitangan bagi kawalan Covid-19.

Tambahnya lagi, penganjur gagal menyediakan khidmat pasukan Rela dan petugas untuk mengawal kemasukan pengunjung ke bazar berkenaan.

Kami tidak menyalahkan kerajaan dengan tindakan diambil, sebaliknya penganjur perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian sehingga menyebabkan bazar Ramadan terpaksa ditutup hanya selepas empat hari beroperasi.

Sumber: Harian Metro


Bazar Ramadan Di Terengganu Pertama Ditutup Kerana Gagal Patuhi SOP 7

The following two tabs change content below.



Bazar Ramadan Di Terengganu Pertama Ditutup Kerana Gagal Patuhi SOP 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo