Artikel Terkini

Bedah siasat 4 mangsa tanah runtuh selesai

Bedah siasat 4 mangsa tanah runtuh selesai
Bedah siasat 4 mangsa tanah runtuh selesai 1

Bedah siasat 4 mangsa tanah runtuh selesai
Sehingga kini, hanya seorang mangsa tanah runtuh di Batang Kali yang dipercayai membabitkan kanak-kanak lelaki, masih belum ditemui, kata polis.

PETALING JAYA: Proses bedah siasat dan pengecaman empat mayat mangsa tanah runtuh yang ditemui dalam satu khemah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, telah selesai hari ini.

Menurut Berita Harian, pengesanan identiti empat mayat sekeluarga yang terdiri daripada dua kanak-kanak dan dua dewasa termasuk seorang wanita itu dilakukan melalui proses analisis DNA mangsa serta waris dengan mengambil sampel darah atau air liur.

Semua mayat terbabit kemudiannya dibawa keluar dari Unit Forensik Sungai Buloh menggunakan kenderaan berasingan jam 11.20 pagi tadi.

Difahamkan, ia terus dibawa ke Melaka untuk disemadikan.

Semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui empat mayat mangsa terbabit, menjadikan jumlah kematian tragedi tanah runtuh itu kepada 30 orang.

Mayat ditemui pada kedalaman tujuh meter, lengkap berpakaian dan sudah mula mereput, di sektor C (Riverside) pada 11.04 pagi.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu menyaksikan 61 orang terselamat.

Sehingga kini, hanya seorang mangsa dipercayai membabitkan kanak-kanak lelaki masih belum ditemui selepas Ketua Polis Negeri Selangor, Arjunaidi Mohamed mengesahkan jumlah mangsa terbabit dalam kejadian jam 2.42 pagi Jumaat lalu itu 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.

Jumlah terbaharu itu diperoleh setelah perkiraan dan semakan semula dibuat beberapa kali berdasarkan maklumat dan laporan diterima dari pelbagai pihak termasuk ahli keluarga.

Usaha pencarian mangsa terakhir yang bermula kira-kira 8 pagi tadi dibantu oleh aset dan khidmat enam ekor anjing unit pengesan (K9) dari pelbagai agensi termasuk polis.


Bedah siasat 4 mangsa tanah runtuh selesai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo