Infotainment

Bekas Pembantu Peribadi Didakwa Gelar Datin Shahida Si Bodoh, Ustazah Jadian

Bekas Pembantu Peribadi Didakwa Gelar Datin Shahida Si Bodoh, Ustazah Jadian 1

Bekas Pembantu Peribadi Didakwa Gelar Datin Shahida Si Bodoh, Ustazah Jadian 2

Sudah sekian lama memendam rasa, isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida tampil bersuara mengenai bekas pembantu peribadi mereka, dikenali sebagai Kak Mel.

Menerusi empat entri yang dikongsi di Instagram, Shahida meluahkan rasa terkilan terhadap Kak Mel yang memburuk-burukkan mereka sekeluarga. Shahida turut mendakwa Kak Mel memanggilnya dengan pelbagai gelaran buruk yang tidak sedap didengar.

BACA: Selepas Anak Perempuan, Datin Shahida Dedah Anak Lelakinya Alami Disleksia

Bekas Pembantu Peribadi Didakwa Gelar Datin Shahida Si Bodoh, Ustazah Jadian 3

“Alhamdulillah saya masih boleh memanggil dengan panggilan Kak Mel kerana saya mengenang jasa dia pernah berkhidmat untuk keluarga saya.

“Tidak dengan panggilan ‘Si Bodoh,ustazah jadian, betina atau perkataan buruk yang lain-lain seperti dia memanggil saya sekeluarga,” luahnya.

Bekas Pembantu Peribadi Didakwa Gelar Datin Shahida Si Bodoh, Ustazah Jadian 4

Akui Kak Mel banyak berjaya pada keluarganya, Shahida menjelaskan tujuan memuat naik pendedahan itu bukan untuk mengaibkan tetapi ingin menjelaskan keadaan sebenar supaya mereka tidak terus dipandang serong masyarakat.

“Saya menulis ni bukan untuk mengaibkan Kak Mel. Kak Mel berjasa jaga anak-anak kami dan keluarga saya. Saya hanya ingin menjelaskan keadaan supaya orang terus tidak berburuk sangka pada kami.

“Bila diam orang kata salah, bila bersuara orang kata nak berlawan, Demi Allah tiada niat sebegitu melainkan hanya ingin anda semua jelas. Saya terkejut Kak Mel ‘pusing cerita’ ni semata-mata untuk viral, meraih viewers dan followers.

“Kalau ya pun kak nak viral, jangan la mewujudkan cerita yang tidak benar. Saya berani menulis sebab saya ada bukti sebelum akak berhenti, tak ada benda buruk yang kami lakukan pada akak,” luahnya.

Terdahulu, Kak Mel pernah tampil bersuara berhubung perkhidmatannya sebagai pembantu peribadi diberhentikan sekitar Julai lalu.

Perkara itu sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi daripda netizen kerana Kak Mel itu dikatakan sudah lebih lebih enam tahun bersama keluarga usahawan itu.



Bekas Pembantu Peribadi Didakwa Gelar Datin Shahida Si Bodoh, Ustazah Jadian 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo