Berita

Bekas pengurus Man United meninggal dunia

Bekas pengurus Man United meninggal dunia 1

Bekas pengurus Man United meninggal dunia 2

London: Bekas pengurus Manchester United dan Scotland, Tommy Docherty meninggal dunia pada usia 92 tahun susulan sakit berpanjangan, menurut keluarganya semalam.

‘The Doc’ tampil 300 perlawanan bersama Preston, selain turut beraksi dengan Celtic, Arsenal dan Chelsea serta memiliki 25 kap bersama Scotland.

Dia kemudiannya menjadi pengurus kepada 12 kelab termasuk Chelsea, Aston Villa, Derby dan mengendalikan skuad kebangsaan Scotland.

DOCHERTY membawa United muncul juara Piala FA 1977 dengan menewaskan Liverpool. FOTO Agensi
DOCHERTY membawa United muncul juara Piala FA 1977 dengan menewaskan Liverpool. FOTO Agensi

Docherty menjuarai Piala Liga sebagai pengurus Chelsea tetapi paling diingati ialah ketika di Old Trafford selama lima tahun apabila menjulang Piala FA menewaskan skuad Bob Paisley, Liverpool pada 1977.

“Tommy meninggal dunia ketika dikelilingi keluarganya di rumah,” kata jurucakap keluarga.

“Dia suami dan ayah yang penyayang, kehilangannya amat dirasai.”

Docherty terkenal dengan ketegasannya, lantang dan kerap terbabit dengan kontroversi ketika eranya sebagai pengurus.

Pada Disember 1972, ketika Scotland makin hampir mara ke pusingan akhir Piala Dunia 1974 di Jerman Barat, dia meletakkan jawatan untuk mengendalikan Manchester United.

“Salah satu kekesalan besar saya ialah meninggalkan tugas sebagai pengurus Scotland,” katanya.

Red Devils tersingkir ke divisyen dua pada 1974 tetapi bangkit semula musim berikutnya dengan muncul juara.

Bekas pengurus Man United meninggal dunia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo