Artikel Terkini

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER
BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 1

Penggalak Tanaman (Plant Booster) fungsinya mampu memudahkan tanaman menyerap baja. Secara tidak langsung penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman. Sangat sesuai digunakan di semua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua.

Bahan-bahan:

Bahan A (Kisar Halus)

500gm Pisang berserta kulitnya
500gm Nanas
500gm Betik
500gm kangkung
250gm Belacan

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 2

Bahan B

5 biji telur
500gm gula merah
250gm beras hancur atau dedak ayam
1 liter susu cair
10 liter air bersih (lagi elok tanpa klorin)

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 4

Bahan C

500gm labu dihiris nipis lebih kurang 2mm tebal
3 biji Ragi

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 6

Cara-cara:

1. Campurkan bahan A (yang dikisar) bersama bahan B di dalam bekas untuk diperam dan dikacau rata

2. Campurkan pula susu dan labu yang telah dipotong nipis tadi

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 8

3. Hancurkan ragi dan taburkan di atas permukaan adunan bahan A, B dan labu. Jangan gaul. (Jangan tanya saya kenapa, kalau nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, dia orang suruh buat macam tu.)

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 10

4. Tutup bekas sama ada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yang digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang-kurangnyanya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 12

5. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jangan usik.

6. Baja akan matang setelah seminggu. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sebab proses menapis sangat menguji kesabaran. Plant booster ini agak pekat dan sedikit berlendir. Dan masukkan ke dalam botol untuk mudah disimpan.

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 14 BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 16 BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 18


Cara penggunaan:

Cairkan 10ml atau 20ml plant booster dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.

Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingatkan bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.


sumber: www.ilmutani.com

BELACAN, Nanas, Betik, Kangkung dan Labu Hasilkan Penggalak Tanaman POWER 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo