Artikel Terkini

Belanjawan 2021 : Apa bantuan yang anda bakal dapat kalau dibuang kerja?

Belanjawan 2021 : Apa bantuan yang anda bakal dapat kalau dibuang kerja? 2

Pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November adalah perkara yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Tok sendiri memang tengok sampai habis demi nak bagi maklumat terkini buat anda.

Mungkin ada antara anda yang telah dibuang kerja.

Daripada pembentangan Belanjawan 2021, ini adalah manfaat yang bakal anda dapat. Jemput baca artikel ni sampai habis.

Beberapa inisiatif utama bagi meringankan beban kewangan rakyat semasa tempoh krisis wabak ini. 

Pengeluaran RM500/ sebulan dari Akaun 1 KWSP

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 secara bersasar sebanyak 500 ringgit sebulan dengan jumlah sehingga RM6,00 ringgit untuk 12 bulan.

Sistem Insurans Pekerjaan oleh PERKESO

Salah satu inisiatif yang baik adalah Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan. Pada masa ini PERKESO menanggung pekerja yang kehilangan pekerjaan melalui pemberian Elaun Mencari Pekerjaan.

Elaun ini diberi selama enam bulan di mana bulan pertama layak menuntut 80% gaji dan secara beransur – ansur berkurang kepada 30% peratus gaji. Bagi tahun 2021, tempoh Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama 3 bulan dan kadar layak menuntut daripada 80% gaji bagi bulan pertama, 50% bagi bulan kedua hingga keenam dan seterusnya 30% bagi 3 bulan terakhir. 

Had Pengecualian Cukai Pendapatan

Bagi membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat keadaan ekonomi yang terjejas susulan COVID-19, bagi tempoh 2 tahun taksiran, had pengecualian cukai pendapatan bagi bayaran pampasan atas kehilangan kerja akan dinaikkan daripada 10 ribu kepada 20 ribu ringgit setiap tahun genap perkhidmatan.   

Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja)

Kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang melibatkan 500 ribu peluang pekerjaan baru termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semual melalui perbelanjaan Kerajaan sebanyak 3.7 bilion ringgit. 

Program reskilling and upskilling

Program peningkatan kemahiran dan latihan semula atau reskilling and upskilling akan dilaksanakan dengan tumpuan kepada kebolehpasaran pekerja dan padanan pekerjaan.

Bagi tahun 2021, sejumlah 1 bilion ringgit diperuntukkan untuk 200 ribu pelatih.

MySTEP atau Short-Term Employment

Kerajaan juga akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short- Term Employment Programme dengan peruntukan lebih 700 juta ringgit.

Inisiatif ini akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2021. 

Program latihan dan penempatan semula

Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan dari syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan sebanyak 50 juta  ringgit.

Inisiatif Pas Perjalanan Tanpa Had My30

Perlaksanaan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 akan diteruskan dan diperluaskan ke Pulau Pinang dan bandar Kuantan dengan peruntukan keseluruhan RM300 juta.

Inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas dan rel kendalian Kumpulan Prasarana dengan harga RM30 sebulan.

Tok akan update artikel ini dari semasa ke semasa. Stay tuned!

Buat yang kehilangan kerja dan masih mencari kerja, jangan putus harapan. Tok doakan agar semua urusan anda dipermudahkan.

Belanjawan 2021 : Apa bantuan yang anda bakal dapat kalau dibuang kerja? 2

Source link