Artikel Terkini

Belanjawan 2021 : Berita baik untuk pembeli hartanah

Belanjawan 2021 : Berita baik untuk pembeli hartanah 1

Belanjawan 2021 : Berita baik untuk pembeli hartanah 2

Anda pasti sudah tertunggu – tunggu pembentangan Belanjawan 2021 hari ni kan? Banyak respons yang Tok baca setakat ni, ternanti – nanti apa update terkini. Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah dalam sejarah negara. 

Di saat negara sedang mengalami krisis kesihatan Covid-19 dan juga ramai yang terkesan dengan krisis ekonomi (dibuang kerja, gaji dikurangkan) Belanjawan 2021 adalah perkara wajib di tengok. 

Tok tak nak buang masa anda lagi banyak. Kali ni Tok nak kongsikan apa yang anda bakal dapat dari segi hartanah dan juga kewangan. Khas untuk pembeli hartanah, ini berita baik untuk anda! 

Bagi menggalakkan pemilikan rumah inisiatif berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Pengecualian duti setem bagi pembeli rumah kediaman pertama 

Pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembeli rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000. Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025. 

Kedua : Pengecualian duti setem untuk rumah terbengkalai 

Pengecualian duit setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi. Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Inisiatif untuk golongan berpendapatan rendah

Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus menyediakan perumahan yang selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah. Sejumlah 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan berikut: 

Pertama : RM500 juta ringgit untuk membina sehingga 14 ribu unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 

Kedua : RM315 juta untuk pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB

Ketiga : RM125 juta bagi penyelenggaraan perumahan berstrata kos dan sederhana rendah serta bantuan membaik pulih rumah usang dan yang mengalami kerosakan akibat bencana alam 

Keempat : RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Skim Rent – to- Own untuk pembeli rumah pertama

Selain itu, Kerajaan juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan terpilih untuk menyediakan Skim Rent – to – Own. Program ini akan dilaksanakan sehingga tahun 2022 melibatkan 5,000 buah rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan lebih RM1 billion dan dikhaskan untuk pembeli rumah pertama

Sistem Transit Rapid (RTS) dan MRT 3 di Lembah Klang diteruskan

Belanjawan 2021 : Berita baik untuk pembeli hartanah 3
Infografik ini sebagai rujukan saja

Kerajaan komited untuk melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan bagi meningkatkan kemudahsampaian rakyat. Pada tahun 2021, sebanyak RM15 billion disediakan bagi membiayai antaranya projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembag Klang Fasa Pertama. Selain itu beberapa projek lain juga akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodland, Singapura dan MRT3 di Lembah Klang. 

Pembangunan Kwasa Damansara

Belanjawan 2021 : Berita baik untuk pembeli hartanah 4
Belanjawan 2021 : Berita baik untuk pembeli hartanah 6

KWSP akan meneruskan pembangunan Kwasa Damansara dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM50 billion. Ia merangkumi pembangunan kawasan komersial, kediaman, infrastruktur sosial, hab inovasi dan perubatan. Lebih 100 ribu peluang pekerjaan bakal dijana, manakala lebih 250 ribu unit rumah termasuk 10 ribu unit rumah mampu milik akan dibina.

Banyak berita baik yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021. Gembira Tok tengok. 

Untuk anda yang nak beli rumah pertama, ini adalah peluang terbaik untuk anda rebut beli hartanah. Tok akan update berita terkini bila Tok dah dapat detailnya nanti. 

Bagi pelabur hartanah pula, lagilah berita baik. 

Banyak inisiatif yang diberikan kepada rakyat kali ni. 

Apa pendapat anda tentang Belanjawan 2021? Jom kongsikan pendapat anda dekat ruangan komen. Tok nak baca. 

Artikel ni bermanfaat untuk anda? Tolong SHARE artikel ni kepada rakan – rakan dan keluarga anda supaya mereka pun boleh baca sama. 

Belanjawan 2021 : Berita baik untuk pembeli hartanah 2

Source link