Artikel Terkini

Berada di luar negara semasa kemuncak banjir, MB Terengganu minta maaf

Berada di luar negara semasa kemuncak banjir, MB Terengganu minta maaf
Berada di luar negara semasa kemuncak banjir, MB Terengganu minta maaf 1

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memohon maaf kepada seluruh rakyat Terengganu kerana berada di luar negara ketika waktu kemuncak negeri itu dilanda gelombang kedua banjir.

Beliau mengaku apa pun penjelasan yang diberikannya, ia tidak akan dapat membetulkan keadaan bahawa beliau tiada di sisi rakyat Terengganu ketika mereka ditimpa kesusahan ekoran bencana alam itu.

“Oleh kerana saya tidak dapat bersama dengan mangsa banjir pada tempoh 18 Disember hingga 21 Disember iaitu waktu yang kritikal (banjir), saya ingin mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan daripada seluruh mangsa dan rakyat Terengganu atas apa yang telah berlaku.

“Saya faham, saya tidak boleh berikan apa jua alasan, dan sudah tentu tidak boleh membetulkan keadaan ketiadaan saya di sisi rakyat Terengganu di waktu sebegini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana Banjir di Pejabat Daerah Kemaman, dan rakaman sidang media itu dimuat turun dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Ahmad Samsuri menjelaskan, beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perjalannnya ke luar negara setelah banjir gelombang pertama yang berlaku pada 8 Disember hingga 17 Disember lepas mulai reda, namun tempoh kemuncak banjir gelombang kedua berlaku ketika beliau sudah berada di luar negara.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai menteri besar, dengan sentiasa memantau keadaan banjir dari semasa ke semasa, dan sering berhubung dengan ketua-ketua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“Mana-mana yang tidak memerlukan keputusan saya sebagai menteri besar telah diambil perjalanannya oleh semua ketua-ketua agensi terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri setiap hari.

“… dan jika ada yang memerlukan keputusan saya sebagai menteri besar walau ketiadaan saya dalam tempoh 18 Dis hingga 21 Dis itu, ia dapat dilaksana secara terus setelah saya membuat keputusan dalam komunikasi saya dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hampir setiap hari,” katanya. – Bernama

Berada di luar negara semasa kemuncak banjir, MB Terengganu minta maaf 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo