Berita

Berat Zahirah MacWilson naik 10kg

Berat Zahirah MacWilson naik 10kg 2

Kuala Lumpur: Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah memasuki 32 minggu. 

Mengakui teruja untuk menyambut kelahiran bayi sulung, Zahirah memaklumkan berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram (kg). 

“32 minggu yang penuh sabar. Kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” tulisnya.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik, Zahirah berkongsi fotonya bersama suami, Aiman Hakim Redza sedang berada di tepi pantai.

Perkongsian Zahirah itu turut mendapat maklum balas dan reaksi positif pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar. 

Zahirah kini berada di Perth, Australia ditemani suami dan keluarga. 

Bulan lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan anak.

Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Petaling Jaya, Selangor.

Berat Zahirah MacWilson naik 10kg 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo