Infotainment

‘Berkurung’ Lama Dalam Rumah Pun Tak Apa Kalau Ada Ni, 90 Minit Zupp Ada Depan Mata!

‘Berkurung’ Lama Dalam Rumah Pun Tak Apa Kalau Ada Ni, 90 Minit Zupp Ada Depan Mata!
'Berkurung' Lama Dalam Rumah Pun Tak Apa Kalau Ada Ni, 90 Minit Zupp Ada Depan Mata! 1

Bila musim COVID ni berlarutan, serba-serbi rasa tak kena. Part paling leceh time nak beli barang basah. Sekali beratur tu panjang gila barisan, tu belum kira part kena pakai double mask lagi. Yalah dah masuk tempat tumpuan ramai ni, SOP kena lah jaga. Sekarang pula kes makin meningkat walaupun dah total lockdown.

Bila kita betul-betul ikut SOP time keluar memang badan akan rasa letih dua kali ganda. Stress pula dengan berebut untuk lot parking kereta. Tambah-tambah time pakai double mask, berdiri lama tunggu giliran pun boleh rasa nak marah. Padahal nak beli barang basah satu dua jenis jer. Tapi sekali beratur tu berjam-jam. Memang membazir masa.

Sampai bila situasi begini korang nak hadap? Kali ni korang tak payah nak merungut, tak payah nk berdiri lama-lama tunggu giliran. Kami ada satu port baik dan senang untuk korang beli bukan saja barang basah, bahkan kesemua jenis barang runcit. Tekan-tekan, pilih dan bayar, zuppp sampai depan rumah barang korang order.

Macam Menarik, Macam Mana Nak Guna?

Ha! Korang mesti tertanya-tanya apps apa yang sekali tekan berdesup barang sampai kat rumah? Relax, biar kami terangkan dengan lebih jelas apps Bawiq yang hanya ambil masa 90 minit jer untuk barang basah korang mendarat di rumah.

Kalau korang nak tahu, apps Bawiq ni adalah aplikasi penghantaran barang runcit atas talian yang menawarkan pelbagai pilihan jenis barang keperluan pasar raya, dari buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan makanan laut hingga pilihan barang yang berkualiti tinggi.

Ia merupakan suatu Cloud Supermarket, ala macam pasar raya atas talian yang siap ada penghantaran barang runcit ke depan pintu rumah korang tu la. Harga barang pula memang berpatutan dan paling penting selalu ada diskaun yang best-best.

Jadi dengan apps Bawiq ni, korang hanya perlu duduk rumah untuk pilih barang runcit apa yang korang nak. Yang penting sekali, kesemua barang runcit korang akan dipilih dengan teliti oleh personal shopper, berdasarkan kualiti dan kesegaran barang.

Jadi korang tak perlu susahkan diri dan tunggu sampai 2 3 hari untuk dapat barang keperluan korang ni. Tunggu jer 90 minit, hari yang sama juga korang boleh masak dengan bahagia bila barang korang sampai depan mata. Tak payahlah nak risau tak ada bawang nak tumis sambal.

Selamat Ke Guna Aplikasi Ni?

'Berkurung' Lama Dalam Rumah Pun Tak Apa Kalau Ada Ni, 90 Minit Zupp Ada Depan Mata! 2

Yes! Musim-musim macam ni mesti korang akan tertanya-tanya selamat ke beli dalam talian, ya lah rider yang tolong belikan tu ikut ke SOP? Teliti ke buat pilihan? Semua soalan ni pasti bermain dalam minda korang sebelum korang nak tekan untuk membeli di aplikasi ni kan.

Jangan risau, semua rider di Bawiq akan memakai sarung tangan dan topeng muka ketika bertugas. Paling heaven sekali, korang akan terima servis percuma, dimana pihak Bawiq akan membersihkan kesemua barang runcit korang dan pack cantik-cantik sebelum masuk dalam beg terikat untuk memastikan barang korang selamat dan bersih bila sampai nanti.

Cara Bayar Macam Mana?

Okey sebelum kami terlupa bab pembayaran ni, biar kami jelaskan dulu. Sebenarnya dengan Bawiq ni korang boleh jer nak bayar cash ke, debit ke, kredit ke, atau nak senang guna jer bWallet (E-Wallet Bawiq). Semua kaedah ni boleh kalau korang guna Bawiq.

Kalau korang mesti nak tengok dulu barang yang korang beli tu betul ke tak, cukup ke barang yang korang order tu. Boleh lah bayar cash. Mudah kan? Semua dihujung jari ja.

Dengan Bawiq ni tak perlu tunggu lama, tak perlu beratur berjam-jam, tekan, pilih dan order. Siap! 90 minit kemudian barang korang selamat sampai. Kan ke senang tu.

'Berkurung' Lama Dalam Rumah Pun Tak Apa Kalau Ada Ni, 90 Minit Zupp Ada Depan Mata! 3

Tak perlu lagi nak keluar ke tempat tumpuan ramai tu. Cukup dengan duduk rumah, semua barang keperluan ada.

Jadi apa tunggu lagi, cepat lah download aplikasi Bawiq di telefon pintar atau peranti mudah alih korang. Percuma pula tu. Ingat nak mudah, nak cepat guna jer Bawiq.

Maklumat lanjut layari laman Facebook, Instagram dan Youtube Bawiq.


'Berkurung' Lama Dalam Rumah Pun Tak Apa Kalau Ada Ni, 90 Minit Zupp Ada Depan Mata! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo