Berita

Berlian ‘pink’ dijual RM109 juta

Berlian 'pink' dijual RM109 juta 2

Geneva: Sebentuk berlian merah jambu yang jarang ditemui dijual pada harga AS$26.6 (kira-kira RM109 juta) dalam satu acara lelongan rumah lelong terkemuka, Sotheby’s di sini.

Harga jualan berlian dinamakan sebagai ‘The Spirit of the Rose’ yang seberat 14.83 karat itu melakar rekod baharu dunia untuk berlian berwarna merah jambu dan ungu.

Hanya beberapa minit diperlukan untuk biadaan mencapai 21 juta Swiss franc (kira-kira RM94 juta), tetapi identiti pembeli yang akhirnya berjaya memiliki berlian itu dirahsiakan.

Berlian itu dibentuk daripada batu seberat 27.85 karat yang ditemui di lombong berlian milik firma Alrosa di republik Sakha di timur laut Siberia, Rusia, pada 2017.

Kerja untuk memotong berlian itu mengambil masa hampir setahun bagi mengekalkan warna asli merah jambunya.

Berlian merah jambu amat sukar ditemui dan mendapat permintaan tinggi di pasaran global.

Lima daripada 10 berlian termahal pernah dijual adalah berlian merah jambu, menurut Sotheby’s.

Sebelum ini, rekod berlian merah jambu termahal pernah dijual adalah CTF Star Pink yang dijual pada harga AS$71.2 juta (RM294 juta) pada acara lelongan di Hong Kong, pada 2017.

Berlian 'pink' dijual RM109 juta 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo