Infotainment

Bermula Dengan Krim ‘Home Made’, Tasneem Naturel Tembusi Pasaran Antarabangsa Dalam Tempoh 4 Tahun Sahaja

Bermula Dengan Krim ‘Home Made’, Tasneem Naturel Tembusi Pasaran Antarabangsa Dalam Tempoh 4 Tahun Sahaja
Bermula Dengan Krim 'Home Made', Tasneem Naturel Tembusi Pasaran Antarabangsa Dalam Tempoh 4 Tahun Sahaja 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Siapa sangka minyak balsam buatan sendiri yang pada mulanya hanya untuk kegunaan anak dan diberi percuma kepada rakan-rakan terdekat membawa tuah buat pengasas Tasneem Natural, Haridah Sahri.

Minyak balsam Tasneem Natural menjadi titik permulaan untuk jenama ini terus berkembang maju dan kini mempunyai pelbagai produk bayi dan kanak-kanak di bawah jenama Tasneem Natural.

Rezeki minyak balsam yang tidak dijangka

Seperti juga usahawan lain, puan Haridah juga bermula dari bawah ketika mula-mula mengasaskan jenama ini. Sebelum bisnes Tasnem Balsam, puan Haridah mula menceburkan diri dalam bidang bisnes pada tahun 2007 dengan perniagaan coklat home made. Pada mulanya, bisnes beliau sangat laris sehingga dapat menghaslkan sehingga 10,000 unit coklat setiap bulan melalui jualan di kiosk, pasar raya dan pameran perdagangan.

Namun semuanya berubah apabila trend membeli bertukar apabila orang ramai kurang berkunjung ke pameran perdangangan dan lebih mudah membeli secara dalam talian. Lebih memilukan apabila bisnes suami juga berdepan masalah.

Kemuncaknya apalah pada penghujung 2016 apabila kewangan mereka semakin kritikal dan menyebabkan mereka perlu berjimat cermat. Atas faktor ini, mereka hasilkan minyak balsam sendiri untuk anak bongsu yang sering meragam.

Minyak tersebut juga diberi secara percuma kepada rakan terdekat dan apabila menerima respon positif untuk minyak balsam tersebut, Haridah dan suami terdetik untuk cuba hasilkan minyak ini secara serius. Berkat rezeki daripada Allah, ia mendapat sambutan dan diterima baik di pasaran.

Balsam dihasilkan secara home made sehingga bulan kedua 2017, dan disebabkan permintaan yang semakin meningkat dan di luar jangkaan, memaksa beliau menghasilkannya secara kontrak di kilang pihak ketiga, menggunakan resipi dan formula sendiri.

Pada tahun pertama (2017) jualan yang diraih mencecah RM2.5 juta, disokong 1,500 ejen pemasaran. Pada 2018 jualan mencecah RM4.9 juta. Hari ini ia digerakkan seramai 15,000 ejen di seluruh negara, Indonesia dan Brunei. Produknya yang elok dan diyakini menyebabkan lebih ramai yang mahu menjadi ejen Tasneem Naturel.

Pengenalan 3 produk baharu Tasneem Naturel

Sepanjang 4 tahun beroperasi pelbagai produk telah dihasilkan di bawah jenama Tasneem Naturel antaranya lotion, hand sanitizer dan banyak lagi. Terbaru, Tasneem Naturel bakal melancarkan 3 produk ini untuk anak-anak di luar sana.

1. Produk Susu Kambing

Tasneem Susu Kambing

Minuman susu kambing diperakui khasiatnya dan penuh dengan nutrisi. Hadir dengan perisa vanilla, ekstrak sarang burung dalam susu Aufa Mama dapat membantu meningkatkan imunisasi dan metabolism badan serta meran gsang penghasilan susu badan ibu.

Bukan hanya untuk para ibu tetapi susu kambing Aufa Gold untuk kanak-kanak berusia 1 tahun sehingga dewasa juga turut diperkenalkan untuk seisi keluarga tersayang. Susu Aufa Gold mengandungi multivitamin, komponen DHA dan nutrisi lain yang pastinya penting untuk anak-anak.

2. Baby wipes

Tasneem Baby wipes

Dalam beg ibu pasti tersedia baby wipes untuk kegunaan anak bukan? Jadi boleh cuba pula baby wipes Tasneem Naturel yang pastinya selesa dan berkualiti .

3. Mandian Baby

Tasneem Baby Bath

Sabun mandian untuk bayi daripada Tasneem Naturel hadir dengan 3 bauan untuk dipilih, Lemon Eucalyptus, Baby Blossom dan Lavender Rose. Yang pasti semuanya harum dan paling penting tidak memedihkan mata bayi anda.

Peluang untuk jadi agen Tasneem Naturel

Tahukah anda majoriti agen untuk produk Tasneem Naturel merupakan suri rumah? Tasneem Naturel mahu bantu hidup anda dengan membuka peluang untuk anda menjadi salah seorang agen baharu untuk Tasneem Naturel.

Berdasarkan perkongsian agen Tasneem Naturel, ramai yang bersyukur kehidupan mereka jadi lebih baik apabila menjadi salah seorang agen produk Tasneem Naturel.

“Dalam Tasneem, masuk sahaja kita akan dapat banyak input! Serius! Founder dan leader yang ada tak kedekut ilmu langsung. Apa yang dipelajari akan diajarkan semula pada team. Seronok bila Founder sendiri turut sama coaching. Leader saya sendiri pun tak jemu-jemu bagi semangat dan tunjuk ajar,” perkongsian salah seorang agen Tasneem Naturel, Syuhaidah Norazrin.

Jika anda berminat untuk menjadi agen, anda boleh klik di sini. Untuk anda yang berminat untuk membeli produk balsam dan cuba produk terkini Tasneem Naturel, boleh klik di sini. Semoga dipermudahkan!

Ini beberapa artikel lain berkaitan dunia bisnes. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pemuda Ini Kongsi Kisah Bina Bisnes Eng’s Popcorn Sehingga Berjaya Cecah Jualan 7 Angka

Mahu Hasilkan Beg Berkualiti Tinggi, Usahawan Ini Kongsi Kisah Kegagalan Bernilai RM20,000

‘Sold Out’ Dalam Masa 2 Jam, Tudung Fazura Laris Diborong Peminat


Bermula Dengan Krim 'Home Made', Tasneem Naturel Tembusi Pasaran Antarabangsa Dalam Tempoh 4 Tahun Sahaja 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo