Infotainment

Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang

Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang
Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tune Air mengambil alih AirAsia secara rasmi dengan harga RM1 pada 8 Disember 2001 sekaligus menjadikan tarikh tersebut sebagai hari ulang tahun AirAsia. Semalam, AirAsia telah meraikan ulang tahunnya yang ke-20.

AirAsia ditubuhkan oleh Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes pada 20 tahun lalu untuk merealisasikan impian orang ramai untuk melakukan perjalanan udara dengan harga yang murah.

Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang 2

Ketika perasmian penjenamaan semula AirAsia pada tahun 2002. Sumber: Lazarus Shuib

Daripada RM1, AirAsia menjenamakan dan melancarkan semula syarikat penerbangan yang dibebani hutang kepada syarikat penerbangan tambang rendah untuk semua, seterusnya merevolusikan industri penerbangan kerana kini sesiapa pun boleh terbang.

Difahamkan, AirAsia bermula dengan dua buah pesawat Boeing 737-300s dan satu destinasi iaitu Langkawi serta miliki 250 Allstars lalu berkembang sehingga sekarang. Malah, AirAsia telah mengharungi pelbagai cabaran seperti landasan lapangan terbang ditenggelami air, penerbangan tertangguh, serangan burung dan kesan daripada peristiwa hitam dalam industri penerbangan pasca 11 September.

Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang 4

Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes

Akan tetapi, AirAsia tidak mudah putus asa dan kini AirAsia telah berubah menjadi sebuah syarikat digital yang memfokuskan kepada perjalanan dan gaya hidup, di samping menjadikan impian sebagai kenyataan.

Malah, AirAsia turut menerima pengiktirafan bertaraf dunia dan satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di dunia yang dianugerahkan anugerah terbaik di dunia selama 12 tahun berturut-turut bermula dari 2009-2021 serta menerima anugerah global lain.

Oleh itu, AirAsia meraikan ulang tahun ke-20 dengan penerbangan pulang khas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh kru kabin dan juruterbang yang masing-masing mempunyai pengalaman lebih dari dua dekad.

Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang 6

Para penumpang bersama kru kabin menyanyikan lagu ulang tahun ke-20 untuk AirAsia

Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang 8

Antara penumpang AirAsia yang berjaya menjawab kuiz ketika dalam penerbangan

Malah, pelbagai aktiviti telah dijalankan ketika penerbangan istimewa untuk para penumpang iaitu seperti kuiz dan pemberian coklat dari Love18c dan minuman dari ChekHup.

Lebih istimewa, terdapat dua kru kabin yang mempamerkan pakaian seragam AirAsia di era DRB-Hicom secara eksklusif dalam penerbangan ini. Untuk pengetahuan anda, dahulunya AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh sebelum menjadi sebuah syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia.

Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang 10

Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang 12

Dapat dilihat pakaian seragam kru kabin dahulu terdiri daripada 3 helai pakaian iaitu baju berkolar, vest dan jaket. Bagi wanita, pakaian seragam itu dilengkapkan dengan selendang yang diikat di leher.

Warnanya pula adalah hijau dan biru untuk mewakili sejarah AirAsia. Kini, kru kabin mengenakan pakaian seragam berwarna merah telah direka oleh kru kabin AirAsia yang merupakan graduan reka bentuk Paris American Academy, Lazarus Shuib.

Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Saya berharap di sepanjang perjalanan kami akan terus mengubah industri ini. Dalam masa 20 tahun lagi kami akan menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan!”

Mengimbau kembali perjalanan selama 20 tahun lalu, Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Kami telah mengharungi pelbagai cabaran sejak dari mula dan percaya akan terus berdepan dengan lebih banyak lagi. Kami telah memindahkan operasi kami dari beberapa lapangan terbang yang berbeza di Subang, KLIA dan LCCT, kami mengambil masa beberapa tahun untuk mendapatkan kelulusan laluan ke Singapura.

Malah, kami juga telah menghadapi krisis kewangan di Asia dan dunia. Apa yang pasti, kami sentiasa bangkit dan COVID-19 tidak terkecuali. Kepada para Allstars, percayalah bahawa kita akan kembali lebih kuat dan kepada tetamu kami, terima kasih atas sokongan berterusan anda.” tambah Datuk Kamarudin Meranun.

Menurut laporan, AirAsia telah menerima pengiktirafan sebagai Unikorn dimana transformasi mereka kepada kumpulan perjalanan dan gaya hidup berasaskan data dan teknologi telah diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga Unikorn ASEAN yang berpangkalan di Malaysia. Kini, AirAsia bukan lagi dikenali sebagai sebuah syarikat penerbangan, tetapi merupakan kumpulan perkhidmatan digital.

Sementara itu, ketahui kisah jatuh bangun Starbucks yang anda tidak ketahui dengan klik sahaja pautan di bawah ini.

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun


Bermula Dengan RM1 Kepada Syarikat Teknologi Unikorn, AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Bersama Penumpang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list