Berita

Bintang Paling Popular milik Haqiem Rusli

Bintang Paling Popular milik Haqiem Rusli 1

Bintang Paling Popular milik Haqiem Rusli 2

Kuala Lumpur: Penyanyi Haqiem Rusli dipilih sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke- 33 (ABPBH 33) yang berlangsung malam tadi di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini.

Meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dengan 22, 332, 676 undi, populariti yang diraih Haqiem tidak dapat dinafikan sekali gus layak diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 33.

Kemenangan itu melayakkan Haqiem membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi, berharga RM181,263, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berserta trofi.

ABPBH 33 juga melakar kenangan menarik apabila pengacara Sherry Alhadad memenangi dua kategori iaitu Artis Komedi Popular dan Pengacara TV Popular.

Bagi kategori Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia pula dimenangi oleh penyanyi yang pernah memenangi Bintang Paling Popular ABPBH 31 iaitu Wany Hasrita.

Walaupun ada yang meramalkan penyanyi Siti Nordiana untuk meraih gelaran Bintang Paling Popular, kedudukan Siti Nordiana masih tidak goyah apabila memenangi kategori Artis Versatil Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Khai Bahar.

Pelakon yang popular menerusi watak Mia Adriana dalam 7 Hari Mencintaiku iaitu Siti Saleha tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular manakala Ben Amir dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Filem Lelaki popular dimenangi oleh Zahiril Adzim sementara Pelakon Filem Wanita Popular menjadi milik Mawar Rashid.

Keampuhan populariti segmen Suria Cinta di Suria FM terus menjadi pilihan peminat untuk mengangkat DJ Lin sebagai Penyampai Radio Popular.

ABPBH33 turut melakar kenangan manis kepada pendatang baharu apabila penyanyi Chubb-E mengungguli kategori Artis Lelaki Baharu Popular manakala kategori Artis Wanita Baharu Popular dimenangi oleh Isyariana Che Azmi.

Untuk penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Francissa Peter sepanjang lebih empat dekad dalam industri muzik tanah air.

Bintang Paling Popular milik Haqiem Rusli 3

Senarai pemenang bagi 13 kategori utama ABPBH 33 :

Pelakon Filem Lelaki Popular: Zahiril Adzim

Pelakon Filem Wanita Popular: Mawar Rashid

Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha

Penyanyi Lelaki Popular: Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita

Pengacara TV Popular: Sherry Alhadad

Penyampai Radio Popular: DJ Lin

Artis Komedi Popular: Sherry Alhadad

Artis Versatil Popular: Siti Nordiana

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Khai Bahar & Siti Nordiana

Artis Baru Lelaki Popular: Chubb-E

Artis Baru Wanita Popular: Isyariana Che Azmi

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Francissca Peter

Bintang Paling Popular milik Haqiem Rusli 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo