Kini Trending
Platfom insurans nombor 1 Malaysia, Bjak akan melancarkan pilhan pembayaran buy now, pay later (BNPL) yang boleh digunakan bagi membuat pembaharuan insurans kereta dan motosikal bermula 1 November 2021.
Bjak merupakan platfom pertama yang menggunakan kaedah pembayaran tersebut bagi 15 jenama insurans di Malaysia. Kaedah pembayaran ini membolehkan para pemilik kereta dan motosikal untuk membahagikan bayaran insurans sebanyak tiga kali tanpa sebarang faedah tambahan.
Ujar Naib Presiden Operasi, Fatin Izzati, kerjasama ini membolehkan pembaharuan insurans kenderaan dapat diakses dengan lebih mudah ketika tempoh pasca pandemik.
Kami bekerjasama dengan Atome, penyedia BNPL terkemuka di Asia Tenggara untuk memperkenalkan pilihan pembayaran yang selamat dan fleksibel untuk pelanggan kami.
Kesemua pelanggan Bjak boleh menikmati kaedah pembayaran BNPL untuk insurans dan cukai jalan menerusi web Bjak tanpa jumlah minimum atau dokumen sokongan yang diperlukan.
Untuk pengetahuan korang, pembayaran pertama akan dibuat menggunakan kad debit atau kredit. Pembayaran seterusnya akan dibuat selepas 30 hari tanpa sebarang caj tambahan mahupun faedah.
Selain daripada kaedah pembayaran BNPL platfom Bjak turut menawarkan lima pilihan pembayaran yang lain termasuk kad kredit, kad debit, perbankan atas talian, pembayaran tunai melalui 7-eleven dan pelan insurans kad kredit.
Bagi pemilik kereta dan motosikal korang boleh menikmati pilihan pembayaran cara baharu dengan meminta quotation di laman web Bjak bermula 1 November ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari Bjak.
Pelanggan boleh memilih untuk membahagikan bayaran kepada tiga bulan. Pilihan 6 bulan dan 12 bulan akan dibolehkan dalam keluaran yang seterusnya.
Have courage and be kind.
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo