Berita

Black Lives Matter azimat Hamilton

Black Lives Matter azimat Hamilton 1

Black Lives Matter azimat Hamilton 2

London: Lewis Hamilton berkata pergerakan Black Lives Matter menjadi pembakar semangat kepadanya untuk muncul juara dunia Formula Satu buat kali ketujuh.

Hamilton, 35, melutut ketika di grid dan memakai baju berslogan anti perkauman sebagai menyokong pergerakan itu musim ini.

Pasukan Hamilton, Mercedes turut memakai pakaian serba hitam ketika kempen 2020 dalam misi membanteras diskriminasi.

Hamilton yang menjadi tetamu kepada program Radio 4 BBC semalam berkata: “Saya mempunyai semangat tambahan ketika menuju pengakhiran setiap perlumbaan.”

Dia dipilih Personaliti Sukan Tahunan BBC 2020 pada awal bulan ini selepas menyamai pencapaian rekod Michael Schumacher yang muncul juara Kejohanan Dunia tujuh kali dan memintas catatan legenda Jerman apabila memenangi 91 perlumbaan grand prix.

Semalam ketika diwawancara, Hamilton berkata. “Ia perlumbaan berbeza berbanding pada masa lalu. Menuju pengakhiran setiap perlumbaan dengan menjadikan platform Black Lives Matter sebagai penyemarak semangat saya.”

Ketika ditanya sama ada dia bimbang dengan tindak balas bakal dihadapi, Hamilton berkata: “Tiada cara yang boleh membuatkan saya terus senyap. Dan sekali lagi saya berkata kepada diri sendiri supaya jangan gentar.”

Hamilton turut memberi pandangannya mengenai diskriminasi perkauman dalam sukan malah dia pelumba tunggal F1 berkulit hitam.

“Terdapat ramai kanak-kanak terdiri daripada pelbagai warna kulit yang berhak diberi peluang untuk maju, mempunyai pelajaran tinggi, mungkin menjadi jurutera atau sebagainya, tetapi faktanya, peluang itu tidak sama rata kepada mereka,” kata Hamilton.

Pelumba Mercedes itu turut memberi bayangan mahu menjadi aktivis masyarakat sebagai karier baharu selepas bersara daripada perlumbaan permotoran.

“Kegembiraan dan kejayaan menjuarai kejohanan ini memang berharga dan sukar dilupakan, tetapi kita perlu ingat ia tidak berpanjangan,” katanya.

Black Lives Matter azimat Hamilton 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo