Artikel Terkini

BN mohon tangguh menghadap Agong

BN mohon tangguh menghadap Agong
BN mohon tangguh menghadap Agong 1

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) memohon penangguhan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya 30 ahli Dewan Rakyat BN menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara esok, ditangguhkan.

Perkara itu telah disahkan oleh Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berikutan masih banyak perkara belum diteliti.

“Kita minta pengangguhan, kita meneliti banyak perkara, kedudukan parti macam-macam. Pilih mana satu (parti) belum buat keputusan. Kalau boleh kita minta tangguh sebab kita dah minta istana.

“Kita teliti beberapa perkara lagi. Kita minta istana boleh tangguh atau tidak. Setiausaha Agung dah maklumkan tadi kalau tangguh-tangguhlah,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan intipati mesyuarat dengan terperinci namun bertegas tidak akan berganjak dengan keputusan untuk tidak memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

“Kita kekalkan keputusan pagi tadi iaitu tidak memihak kepada sesiapa. Terpulang kepada Presiden untuk memaklumkan kepada Tuanku,” katanya ketika ditemui media di lobi Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), sebentar tadi.

Sementara itu Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebentar tadi juga enggan mendedahkan butiran mesyuarat.

“Apa yang dibincangkan tadi telah pun dibincangkan. Tunggu saja statement daripada parti,” katanya. – KOSMO! ONLINE


BN mohon tangguh menghadap Agong 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo