Artikel Terkini

BN PH bertemu di Seri Pacific? Saifuddin, Ahmad Maslan sudah kelihatan

BN PH bertemu di Seri Pacific? Saifuddin, Ahmad Maslan sudah kelihatan
BN PH bertemu di Seri Pacific? Saifuddin, Ahmad Maslan sudah kelihatan 1

KUALA LUMPUR – Satu pertemuan antara beberapa pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dipercayai akan diadakan di hotel Seri Pacific jam 10 pagi ini.

MalaysiaGazette yang berada pekarangan hotel tersebut melihat Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah tiba di situ.

Bagaimanapun kelibat pemimpin-pemimpin lain belum kelihatan.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan ada pertemuan di Seri Pacific.

Istana Negara telah menitahkan supaya gabungan parti yang mempunyai majoriti mudah mengemukakan senarai nama ahli-ahli Parlimen sebelum pukul 2 petang ini. Turut diminta dikemukakan nama perdana menteri ke-10.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu lalu menyaksikan tiada satu parti pun memperoleh majoriti mudah menyebabkan kerajaan tergantung sehingga ke hari ini.

Pakatan Harapan memperoleh kerusi tertinggi iaitu 82 kerusi manakala Perikatan Nasional 73 diikuti Barisan Nasional (30).

Sehingga kini Pengerusi PN dan Presiden PH masing-masing mendakwa telah memperolehi senarai nama untuk membentuk kerajaan. – MalaysiaGazette

 

BN PH bertemu di Seri Pacific? Saifuddin, Ahmad Maslan sudah kelihatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo