Artikel Terkini

BN tak mahu membazir buat poster besar seperti Anwar, Peja

BN tak mahu membazir buat poster besar seperti Anwar, Peja
BN tak mahu membazir buat poster besar seperti Anwar, Peja 1

IPOH – Barisan Nasional (BN) Tambun tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk memasang poster gergasi seperti yang dilakukan oleh calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Perikatan Nasional Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Calon BN Parlimen Tambun Aminuddin Md Hanafiah berkata, sekali pun pihaknya memiliki keupayaan seperti Anwar dan Peja wang itu akan digunakan untuk membantu rakyat.

“Dari segi nak berlawan poster kalau kita tidak ada kemampuan buat apa kita lawan.

“Ada yang bertanya kenapa membazir. Kenapa tidak gunakan duit itu untuk rakyat. Ada yang kata, berapa banyak belanja digunakan untuk berkempen semasa pilihan raya.

“Tapi saya serahkan kepada rakyat untuk menentukan. Sebab saya rasa rakyat perlu memilih sebuah parti yang dapat jaga kebajikan mereka,” kata Aminuddin.

Beliau ditanya mengapa tidak mengikut jejak langkah Anwar dan Ahmad Faizal yang memasang poster gergasi di sekitar Tambun.

Poster gergasi Anwar boleh dilihat di tepi Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran plaza tol masuk ke Ipoh.

Beberapa poster juga dipasang di dalam kawasan yang menjadi tumpuan termasuk sebuah poster gergasi setinggi bangunan dua tingkat.

Manakala Ahmad Faizal turut memasang poster yang yang bersaiz besar.

“Kena lawan ke poster-poster tu? Pada saya itu cara mereka membentuk keyakinan dan kemungkinan cara mengekalkan ketidakyakinan.

“Saya selalu berfikir kemenangan parti yang bertanding berlaku di peti undi bukan di poster.

“Mungkin ada pemikiran yang berkata dengan ada poster akan bertambah semangat orang pengundi, tapi mungkin betul,” kata Aminuddin.

Ketua UMNO Bahagian Tambun itu turut melahirkan kebimbangan mengenai sebuah poster gergasi Anwar setinggi bangunan dua tingkat yang dipasang di sebuah pekan di sini.

Menurutnya poster berkenaan boleh mendatangkan kemalangan jika berlaku tiupan angin yang kuat.

Beliau menjelaskan poster seperti itu hanya di pasang di negara mundur dan bukannya negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara seperti Malaysia.

“Saya hairan dulu parti ini sangat tidak hendak pilihan raya atas dasar keprihatian kepada rakyat.

“Tapi bila pilihan raya dilakukan, mereka mempunyai segala macam cara berkempen yang setengah itu kita tak pernah lalui. Mana pernah kita tengok banting setinggi empat, lima meter. Sudah nampak seolah-olah pilihan raya di negara dunia ketiga.

“Kalau di Amerika tak ada benda-benda macam ini. Jadi saya tidak pasti corak pemikiran yang bagaimana. Saya rasa pada orang yang berkempuan tak apa, tapi ada pembaziran di situ,” kata Amiruddin.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada rakyat untuk menilai tindakan kedua-dua calon tersebut dan menterjemahkan dalam peti undi pada 19 November nanti.-MalaysiaGazette

BN tak mahu membazir buat poster besar seperti Anwar, Peja 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo