Berita

Boleh sambut Krismas tapi berpada-pada

Boleh sambut Krismas tapi berpada-pada 1

Boleh sambut Krismas tapi berpada-pada 2

Kota Kinabalu: Jangan disebabkan kegembiraan berkumpul bersama kenalan dan keluarga selama 15 minit, akhirnya bertukar menjadi penderitaan 15 hari susulan jangkitan Covid-19.

Nasihat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun itu buat seluruh rakyat negeri berkenaan yang bakal menyambut Krismas minggu hadapan.

Menurutnya, buat masa ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menetapkan had jumlah individu yang dibenarkan berkumpul bagi sambutan perayaan itu, namun berharap rakyat mengambil kawalan kendiri untuk mengelak dijangkiti.

Katanya, rakyat juga perlu berdisiplin dan lebih serius mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19, terutama penjarakan fizikal yang boleh dilakukan dengan mengehadkan jumlah tetamu hadir.

“Ada kenalan meraikan Krismas menyatakan kebimbangan kepada saya mengenai kemungkinan sambutan perayaan itu boleh menyebabkan kes Covid-19 di Sabah meningkat semula.

“Jadi kalau begitu, kita semua perlu berpada-pada menyambut perayaan, bukan saja Krismas malah sambutan Tahun Baru yang tidak lama lagi. Kita berharap orang ramai tidak salah anggap, ia bukan mahu menghalang sambutan perayaan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 Sabah di sini, malam tadi.

Mengenai SOP sambutan Krismas, katanya, kerajaan negeri secara dasarnya bersetuju dengan cadangan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), Isnin lalu.

“Kementerian Perpaduan Negara sudah membentangkan secara khusus mengenai SOP ini bagi sebelum, semasa dan selepas sambutan Krismas termasuk aktiviti kunjung-mengunjung.

“Perincian lengkap mengenai SOP berkenaan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat di laman sesawang MKN,” katanya yang memberitahu cuti rasmi bagi sambutan perayaan itu di Sabah adalah pada 24 dan 25 Disember.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Boleh sambut Krismas tapi berpada-pada 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo