Artikel Terkini

Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet

Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet
Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet 1

BUAT SENDIRI memang menyeronokkan kalau berhasil, apa kata kita cuba projek BUAT SENDIRI ni. BUAT SENDIRI perabot taman dengan 45 kayu palet. Laman yang dah lama hambar tu boleh la berwajah baru lepas ni. Bersantai  dengan keluarga tercinta hujung minggu memang terbaik tambah pulak buat BBQ…

Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet 2

Untuk projek ini, anda akan memerlukan kira-kira 45 batang kayu palet dan…

  • Berus cat roller dan dulang cat yang kecil
  • Berus atau penyembur cat (lebih bagus)
  • Cat kapur perabot taman
  • Drill elektrik dengan skru
  • Kusyen

Kemudian, anda boleh mengubah taman anda dalam hanya beberapa jam.

Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet 4

Bersih dan gosok semua kayu palet dengan kertas pasir.

Tugas ini lebih mudah sekiranya anda mempunyai mesin pengamplas kayu, tapi jika tiada, anda boleh menggosoknya secara manual. Mungkin, ia agak remeh tetapi hasil akhirnya berbaloi dengan peluh dan air mata anda.

Selepas itu, cat semua palet dengan warna pilihan anda. Untuk mendapatkan rekaan gaya Inggeris, kami sarankan anda memilih warna putih. Jika anda mahu membuatkan taman nampak lebih luas, pilih warna lembut seperti warna pastel.

Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet 6

Penyembur cat automatik akan membuatkan tugasan ini lebih pantas. Namun, saya cadangkan anda untuk menyewa atau meminjam satu penyembur dari rakan anda kerana masa yang diperlukan untuk mengecat 45 kayu palet dengan berus cat tidaklah menyenangkan.

Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet 8

Selepas anda mengecat palet anda, biarkan ia kering selama 24 jam.

Sekarang, masa untuk memakukan kayu palet anda.

Ia lebih bagus sekiranya anda membuat lakaran rekaan taman mengikut keinginan anda. Ini akan memberikan kepada anda idea tentang berapa banyak kayu palet yang anda perlukan dan di mana dan bagaimana untuk menyusunnya.

Selepas anda selesai meletakkannya di mana perlu dengan paku dan gam kayu, langkah terakhir adalah hiasan.

Anda boleh menghias teres kayu anda dengan kusyen dan bantal berwarna-warni dan juga elemen hiasan yang lain untuk mendapatkan rupa taman yang hangat dan selesa seperti yang anda inginkan.

Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet 10

Siapa yang tak suka untuk berehat di teres kayu pada waktu petang yang redup? Saya sudah tentu suka. Sambil duduk bersembang, sambil minum teh dengan keluarga atau rakan-rakan!

Ya! Sekarang anda tahu yang anda boleh membuat sesuatu yang kreatif dan cantik dengan kayu palet tanpa perlu berbelanja besar.

Pada era DIY ini, ia sungguh bermanfaat untuk menemui benda kreatif yang boleh anda buat dengan objek-objek biasa di sekeliling anda.

Artikel Berikut: Meriah Raya Dengan The LEGO Group memperkenalkan dua set baharu koleksi LEGO® Botanical yang indah untuk dijadikan hiasan rumah Syawal nanti

 

Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list