Artikel Terkini

Budak 12 tahun kelihatan seperti orang dewasa

Budak 12 tahun kelihatan seperti orang dewasa
Budak 12 tahun kelihatan seperti orang dewasa 1

FORT WORTH, TEXAS – Seorang kanak-kanak lelaki dari negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) menjadi sensasi media sosial kerana mempunyai ciri fizikal seperti lelaki dewasa sedangkan umurnya hanya 12 tahun, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Jeremiah Johnson, mula menjadi tajuk-tajuk berita di seluruh AS minggu lalu, selepas beberapa gambarnya memegang trofi bertulis ‘Pemain Paling Bernilai 12U Division’ menjadi tular di media sosial.

Johnson bermain bola sepak Amerika untuk pasukan Akademi Elite Dallas Dragons (DEA), dan pasukan tersebut baru sahaja memenangi Kejohanan Kebangsaan Remaja 2022 di Miami. Dia dianugerahkan trofi MVP tersebut.

Namun, ketika gambar-gambar Johnson menerima ribuan tanda suka dan ucapan tahniah, apa yang menjadi pehatian netizen adalah umur pemain berkenaan.

Orang ramai sukar mempercayai bahawa Johnson baru berumur 12 tahun disebabkan keadaan fizikalnya yang kelihatan seperti lelaki dewasa.

Sebuah sekolah sukan di Florida menyenaraikan Johnson sebagai pemain berusia 12 tahun selain sebuah video memaparkan dia mengakui usianya itu tular di laman Twitter.

Namun, netizen masih enggan mempercayainya dan mendakwa pemain bola sepak Amerika itu berumur sekurang-kurangnya 20 tahun.

Ramai netizen mempertikaikan mengenai tatu pada bawah lengan Johnson serta misai dan janggutnya yang dikatakan adalah sesuatu yang luar biasa untuk seorang kanak-kanak 12 tahun.

Ibu Johnson bagaimanapun menepis dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa ia bukan tatu sebenar.

“Saya mendesak agar anda memaparkan sijil kelahiran dan bukannya sekadar mengaku berumur 12 tahun,” kata seorang netizen.

Johnson mempunyai ketinggian 180 sentimeter dan seberat 90 kilogram. – Agensi 


Budak 12 tahun kelihatan seperti orang dewasa 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo