Berita

Budak main basikal disangka hantu

Budak main basikal disangka hantu 1

Budak main basikal disangka hantu 2

Penampang: Kecoh di laman sosial TikTok apabila tular video seorang kanak-kanak bermain basikal seorang diri di jalan raya kira-kira jam 3 pagi di Putatan, dekat sini, kelmarin.

Dalam video berdurasi 26 saat itu, kanak-kanak lelaki bermain basikal di suatu persimpangan tanpa ditemani penjaga.

Dua orang lelaki yang menaiki sebuah kereta dan melalui jalan berkenaan memberhentikan kenderaan untuk melihat kanak-kanak terbabit sebelum merakamkan insiden itu.

Video yang dipercayai berlaku di lokasi sekitar Putatan itu mendapat pelbagai respons pengguna laman sosial.

Selain mengecam keluarga kanak-kanak itu membiarkannya bermain berseorangan seawal pagi itu, ada yang beranggapan kanak-kanak terbabit mungkin ‘hantu’.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Mohd Haris berkata, kejadian berlaku pada 30 Disember lalu di simpang Kampung Pasir Putih, Putatan.

“Orang awam datang ke Balai Polis Putatan dan mengatakan ternampak budak lelaki berusia lebih kurang empat tahun mengayuh basikal di simpang jalan kampung berkenaan.

“Anggota yang bertugas ketika itu terus bergegas ke lokasi dimaklumkan dan setibanya di simpang jalan Kampung Sipanggil berhampiran Kampung Pasir Putih, kami menemui kanak-kanak berkenaan.

“Kanak-kanak berkenaan dibawa ke Balai Polis Putatan dalam keadaan selamat dan dalam masa sama, ibu kanak-kanak ini datang ke balai bagi memaklumkan berkaitan ketiadaan anaknya di rumah mereka yang terletak di Kampung Pasir Putih,” katanya.

Mohd Haris berkata, ibu kanak-kanak lelaki terbabit memaklumkan anaknya itu menghidap autism.

Budak main basikal disangka hantu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo