Infotainment

Buka Pelitup Muka Hanya Sekejap, Pelakon Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000 Kerana Langgar SOP

Buka Pelitup Muka Hanya Sekejap, Pelakon Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000 Kerana Langgar SOP 1

Buka Pelitup Muka Hanya Sekejap, Pelakon Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000 Kerana Langgar SOP 2

Hanya menanggalkan pelitup muka seketika ketika di tempat awam, pelakon Mustaqim Bahadon telah dikompaun oleh pihak berkuasa sebanyak RM1,000 di atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pada hari Ahad yang lalu.

Buka Pelitup Muka Hanya Sekejap, Pelakon Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000 Kerana Langgar SOP 3Menurut Mustaqim, dia yang pada ketika itu berada di kedai gunting rambut miliknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hanya keluar seketika untuk menghisap rokok elektronik sementara pekerjanya menyediakan peralatan gunting rambut.

Hanya tak sampai satu minit berada di luar, dia disapa pihak berkuasa dan telah dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Buka Pelitup Muka Hanya Sekejap, Pelakon Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000 Kerana Langgar SOP 4Perkara itu dikongsikan sendiri Mustaqim menerusi akaun Instagram miliknya dengan tujuan memberi peringatan kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Meskipun dikenakan tindakan, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu berkata dia menerima dengan hati terbuka dan mengakui kesalahan sendiri yang tidak peka dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dia dalam pada itu turut memberi nasihat kepada semua orang agar sentiasa memakai pelitup muka dan jangan sesekali menanggalkannya jika berada di luar rumah.

“Saya dah terkena jadi orang lain pun kena ambil mesej ini supaya tak jadi macam saya.. jangan fikir bila kita seorang diri, kita dah betul dan tak perlu ikut SOP. Takut nanti melayang RM1,000. Banyak juga tu.. dalam keadaan sekarang ni macam-macam kita boleh buat dengan duit tu. Ambillah ia sebagai pengajaran..” – Mustaqim Bahadon

Sumber : mStar Online



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Buka Pelitup Muka Hanya Sekejap, Pelakon Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000 Kerana Langgar SOP 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo