Berita

Bukan kasut penentu juara | Harian Metro

Bukan kasut penentu juara | Harian Metro 1

Bukan kasut penentu juara | Harian Metro 2

London: Presiden World Athletics, Sebastian Coe menafikan penggunaan kasut baru Nike yang mencetuskan kontroversi selepas beberapa atlet mencipta rekod baru dunia sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan persaingan tidak adil di Olimpik.

Coe berkata dia tidak bimbang dengan keistimewaan kasut itu malah menyanjungi inovasi di sebalik kejayaan Joshua Cheptegei dan Letesenbet Gidey memecahkan rekod dunia acara 10,000m dan 5,000m wanita pada Oktober lalu.

Kedua-duanya memakai jenama Nike ZoomX Dragonfly yang dianggap kasut terpantas pernah dicipta.

Mo Farah dan Sifan Hassan turut mengatasi rekod satu jam lelaki dan wanita menggunakan kasut Nike di Brussels pada September lalu sehingga mencetuskan tanggapan syarikat itu bakal menikmati dominasi sama di atas trek seperti kejayaan maraton antara 2016 and 2019 malah jenama lain perlukan beberapa tahun lagi untuk menandinginya.

Bagaimanapun, Coe berkata sejarah tidak akan berulang.

”Saya tak bimbangkannya malah adalah baik kepada pembuat kasut bersaing sesama mereka.

”Saya ingat lagi pada pertengahan 2000 ketika Adidas menjadi raja podium terutamanya dalam acara pertengahan.

”Jadi perkara ini seperti pusingan roda dan saya berbesar hari syarikat kasut terus melaburkan banyak wang dalam kajian dan pembangunan kasut.”

Tahun lalu, World Athletics memperkenalkan peraturan baru untuk kasut trek dengan menghadkan penggunaan plat dan tapak tidak melebihi 30mm.

Bukan kasut penentu juara | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo