Infotainment

‘Bukan Sebab Stunt Tapi Untuk Lihat Saya Cakap Inggeris’

‘Bukan Sebab Stunt Tapi Untuk Lihat Saya Cakap Inggeris’
'Bukan Sebab Stunt Tapi Untuk Lihat Saya Cakap Inggeris' 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dalam episod rancangan realiti TV “Memories Beyond Horizon” baru-baru ini, bintang aksi terkenal Hong Kong, Jackie Chan menjelaskan mengapa dia ‘berputus asa atau menarik diri’ dengan rancangan hiburan di Amerika.

Artikel Berkaitan:

Pelakon veteran atau lagenda yang muncul sebagai mentor untuk pelakon muda Hong Kong dan Cina di dalam rancangan tersebut, berkongsi pengalaman dan perjuangannya dalam industri filem Amerika Syarikat (AS).

“Apabila saya pergi ke penggambaran di Amerika, bahasa Inggeris saya sangat teruk. Saya terpaksa menghabiskan masa sebulan hanya menghafal satu baris skrip — walaupun ketika saya sedang tidur, saya akan membaca baris itu dalam mimpi saya. Banyak perkara yang saya nak katakan mengenainya, tetapi sukar untuk meluahkan. Ia amat mengecewakan,” katanya menurut sumber.

'Bukan Sebab Stunt Tapi Untuk Lihat Saya Cakap Inggeris' 3

Bahkan, Chan turut mengatakan dia ‘bergelut’ dengan intonasi semasa bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun, dia hanya akan menerima pujian apabila menguasai bahasa Inggeris dalam skrip lakonannya.

“Tiada siapa peduli sama ada babak aksi saya bagus atau tidak. Mereka hanya memuji saya apabila saya fasih membaca skrip dengan betul!” tambahnya lagi.

“Selepas itu, saya terpaksa bergegas kembali ke kereta saya untuk berlatih dengan guru Bahasa Inggeris saya, dan semasa saya berlatih, saya berkata kepada diri sendiri bahawa saya tidak boleh terus seperti ini jadi saya menarik diri dengan showbiz Amerika.”

Walau bagaimanapun, Chan memulakan kerjayanya sebagai ‘stuntman’ pada 1980-an iaitu sebelum menjadi terkenal di pawagam Cina dan Hollywood.

Sementara itu, Chan sempat memberi nasihat kepada pelakon muda supaya mengutamakan kesihatan dan lindungi diri sendiri kerana tidak semua orang di set penggambaran akan menjaga kita.


'Bukan Sebab Stunt Tapi Untuk Lihat Saya Cakap Inggeris' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo