Infotainment

Bukan Setakat Manusia, Haiwan Di Zoo Negara Juga Dapat Bantuan Ustaz Ebit Liew


Ustaz Ebit Liew, adalah salah seorang rakyat Malaysia yang terkenal dengan kemurahan hatinya membantu mereka yang memerlukan. Daripada bermulanya PKP sehinggalah sekarang, nama Ustaz Ebit Liew tidak pernah lari daripada kisah-kisah memberi bantuan.

Terbaharu, dikongsikan di laman Facebook rasminya, Ustaz Ebit Liew mendedahkan bahawa dia mendapat panggilan bantuan daripada Zoo Negara bagi menyelamatkan haiwan-haiwan di sana.

Difahamkan, Zoo Negara memerlukan peruntukan sebanyak RM 1 juta sebulan bagi hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo. Disebabkan wabak COVID-19 dan perintah duduk di rumah oleh kerajaan, Zoo Negara mendapat kesan yang teruk apabila tiada pendapatan yang dapat dijana sejak beberapa bulan lalu.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo.

Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan…

Posted by Ebit Lew on Sunday, November 15, 2020

“Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal pkp. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran,” katanya di laman Facebook.

Hantaran terbabit telah menangkap perhatian rakyat Malaysia, kebanyakan daripada netizen memberi reaksi positif dengan apa yang dilakukan olehnya dan ada juga yang mendoakan agar Malaysia diberi pemimpin seperti Ustaz Ebit Liew.

“Ini bukti bahawa kita perlu menyumbangkan wang kita kepada Ustaz Ebit. Gembira tengok duit yang kita sumbangkan itu dapat pada orang yang memerlukan,” tulis Aiman.

Azrul Amen pula menulis, “Inilah hasilnya kalau duit sampai ke tangan yang betul. Bukan kepada korupsi yang asyik menekan rakyat.”

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Ustaz Ebit Liew turun padang membantu orang ramai. Terdahulu, Ustaz Ebit Liew telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan menyewa sebuah kapal terbang bagi menghantar bantuan ke Sabah. Selepas itu, panggilan bantuan daripada pengusaha bas sekolah turut mendapat perhatian Ustaz Ebit Liew.

Terdahulu, Ebit Liew telah membeli dua buah lori bagi mengagihkan air kepada penduduk Selangor yang terjejas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan

Ebit Lew Diminta Mohon Maaf Selepas Hantar Pulang Pelajar Universiti ‘Tersangkut’

Selepas ElewsMart, Ebit Lew Wujudkan ‘Food Bank’ Khas Untuk Membantu Golongan Yang Memerlukan






Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo