Infotainment

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana?

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana?
Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 1

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana?

Bagai tak terasa waktu berlalu, tahu-tahu je kita dah menghampiri bulan yang paling dinanti-nantikan kaum muslimin iaitu Ramadan. Bila sebut pasal bulan istimewa ni mesti korang dah terbayang kemeriahan dia macam mana betul tak?

Lagi-lagi bila teringatkan Bazaar Ramadan dan aneka pilihan hidangan yang ditawarkan, boleh jadi rambang mata dibuatnya. Tapi, dalam banyak-banyak hidangan dekat Bazaar tu mesti tak boleh lawan 5 makanan ni, yang wajib ada ketika berbuka.

Kuih-muih

Untuk sesetengah orang, tak lengkap hidangan berbuka puasa kalau tak ada kuih-muih. Antara kuih yang mendapat sambutan di kala bulan Ramadan biasanya ialah pulut panggang, samosa, kuih cara berlauk, kuih seri muka dan banyak lagi!

Murtabak & roti john

Kalau korang perasan, gerai murtabak dan roti john adalah antara gerai yang paling mendapat sambutan di Bazaar Ramadan dan biasanya memang kena beratur panjang sikit kalau nak beli dua makanan ni.

Tapi, apalah sangat setakat beratur tu yang penting ada murtabak dan roti john dekat atas meja untuk berbuka nanti kan?!

Nasi wajib ada!

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 5

Kredit foto: Destinasi TV & VITDAILY

Nasi dengan orang Malaysia memang tak boleh dipisahkan, tengok jelah variasi pilihan nasi yang ditawarkan dekat Bazaar Ramadan. Dari nasi lemak, nasi berlauk sampailah ke nasi minyak dan nasi kerabu semuanya sedap-sedap belaka! Buat kita jadi tak tentu arah lah nak memilih tu.

Air buah

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 6

Kredit foto: freepik

Air buah adalah pilihan paling ideal untuk berbuka puasa! Rasa manis buahan-buahan yang segar bersama ais batu yang menyamankan. Fuhh.. Tak cukup segelas rasanya. Lagi-lagi kalau dapat air tembikai, memang layan geng.

Pencuci mulut

Tak lengkap rasanya berbuka tanpa pencuci mulut ataupun manisan. Pilihan manisan yang sering menjadi tumpuan pada bulan puasa ni mestila tepung pelita dan cendol!

Cendol tu nak pulak makan sebaik sahaja berbuka, memang lega rasanya tekak yang dah seharian menahan haus. Tapi.. Tahun ni apa kata kita tukar sikit, kita cuba cendol yang lain dari yang lain. Haa.. Cendol apa agaknya tu?

Jom cuba Cendol Gula Melaka Waffle dari A&W!

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 8

Berita baik! Sekarang korang dah boleh nikmati Cendol Gula Melaka bersama Waffle kegemaran ramai dari A&W!

Gabungan rasa manis-manis gula melaka dan cendol di atas Waffle ni benar-benar saling melengkapi tau, rasanya tidaklah terlalu manis tapi  cukup memikat rasa.

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 9

Ditambah pula dengan kelemakan rasa aiskrim vanilla, fuhh memang layan. Kalau tak cukup satu scoop aiskrim, jangan risau korang juga boleh pilih double scoop aiskrim okay!

Cendol Gula Melaka Waffle ni hadir dengan dua pilihan sama ada Classic Waffles ataupun Waffle-To-Go yang didatangkan dalam cup bagi memudahkan korang yang nak tapau. Senang geng, tinggal buka penutup cup lepas tu terus makan je!

Istimewa sempena Ramadan & Raya, A&W turut memperkenalkan menu baru Cheesy Golden Egg Coney & Choco Banana Balls!

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 10

Bagi meraikan Ramadan dan Hari Raya, A&W turut memperkenalkan dua hidangan terbaru iaitu Cheesy Golden Egg Coney dan Choco Banana Balls!

Cheesy Golden Egg Coney adalah personal favourite min! Sos cheese nachos dan sos cheese parmesan diatas frankfurter yang diapit bun lembut menaikkan keseluruhan rasa hidangan.

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 11

Sekali gigit je korang akan dapat nikmati rasa lemak keju yang sama sekali tak akan buatkan korang muak. Sebaliknya, ia buatkan korang nak terus makan dan makan lagi. Sedar-sedar dah habis geng..

Cheesy Golden Egg Coney tersedia dengan pilihan daging dan juga ayam. Min gerenti dua-dua ni memang sedap, puas hati bila makan!

Choco Banana Balls pula adalah hidangan manisan yang sesuai dijadikan snek. Ianya digoreng sempurna dengan lapisan kulit yang rangup di luar tapi lembut di dalam.

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 12

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 13

Rasa manis manis custard pisang yang mengalir keluar bila digigit memang mantap! Sementara, sos coklat yang menyirami Choco Banana Balls membuatkan hidangan ni jadi lebih sempurna! Rangup, lemak dan manis! Serba cukup!

Istimewa untuk korang berbuka dan moreh nanti A&W tawarkan Riang-Ria Family Box yang sesuai sangat untuk dinikmati bersama tersayang! Dalam set ni korang juga boleh dapat ayam goreng, kentang goreng, Coney Mashed Potato dan minuman signature A&W iaitu RB!

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 14

Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 15

Kesemua hidangan ni boleh didapati di mana-mana cawangan A&W berhampiran korang ataupun pesan je secara atas talian melalui pautan di SINI. Senang kan? Haa.. Tunggu apa lagi jom order sekarang!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promo istimewa atau apa-apa update terbaru dari A&W korang boleh layari laman Facebook, Instagram dan Twitter rasmi A&W Malaysia.


Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list