Berita

Bunuh Surya: Pelajar perempuan disambung reman 7 hari lagi [METROTV]

Bunuh Surya: Pelajar perempuan disambung reman 7 hari lagi [METROTV] 1

Bunuh Surya: Pelajar perempuan disambung reman 7 hari lagi [METROTV] 2

Marang: Reman pelajar perempuan tingkatan enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, disambung selama tujuh hari lagi sehingga Isnin depan.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan reman pelajar berusia 19 tahun disambung bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

Sebelum ini, pelajar berkenaan direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu.

Pelajar perempuan itu yang juga kenalan mangsa sebelum ini ditahan selepas diserahkan ibunya pada 8.15 pagi 2 November lalu ketika datang ke Balai Polis Telemong.

Tangkapan terhadap pelajar itu dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Sebelum ini dilaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Pelajar perempuan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang untuk disambung reman hari ini. Foto  Ghazali Kori
Pelajar perempuan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang untuk disambung reman hari ini. Foto Ghazali Kori

Berita berkaitan

Bunuh Surya: ‘Saya maafkan’ – Bapa

Pisau diguna bunuh Surya dijumpai

Bunuh Surya: Masih terbayang tubuh adik kaku

‘Saya masih ingat keadaan Surya berlumuran darah’ – Bapa [METROTV]

‘Saya masih ingat keadaan Surya berlumuran darah’ – Bapa [METROTV]

Surya teliti jaga ibunya – Ismail

Video kenangan Surya undang pilu selebriti

Bunuh Surya: ‘Semoga saing awak dapat balasan’

Bunuh Surya: Suspek dakwa berang diejek miskin, tidak cantik

Bunuh Surya: Ada rakan jenayah atau berseorangan?

Rakan sekolah Surya direman 7 hari [METROTV]

Ibu sayu lihat jenazah Surya diusung keluar rumah [METROTV]

Surya korban cita-cita demi jaga ibu

Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya [METROTV]

Polis tahan rakan sekolah Surya [METROTV]

Jaga diri pesan terakhir Siti Surya [METROTV]

‘Saya ingat kakak kena karan’

Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun [METROTV]

Bunuh Surya: Pelajar perempuan disambung reman 7 hari lagi [METROTV] 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo