Kuala Lumpur: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan dua kejohanan membabitkan Terbuka Malaysia Celcom Axiata dan Perodua Malaysia Masters 2021 ditangguhkan ke tarikh akan diumumkan kelak.
BWF dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua kejohanan terbabit yang sepatutnya berlangsung dalam masa terdekat terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.
Katanya, Terbuka Singapura 2021 juga menerima tempias sama apabila ditunda awal Jun depan dengan jangkaan kes Covid-19 reda dan pulih.
“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Badminton Singapura membuat keputusan masing-masing secara berunding dan bekerjasama dengan BWF.
“Mereka menunda kejohanan terbabit berikutan kes Covid-19 masih lagi tinggi dan mahu mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Selain daripada tiga kejohanan terbabit, Terbuka Indonesia dan Indonesia Masters 2021 turut ditunda dengan tarikh baharu akan diumumkan nanti,” katanya.
Mengikut rekod, tempoh kelayakan Olimpik akan ditutup pada 15 Jun dengan kejohanan terakhir yang akan diambil kira mata adalah Terbuka Singapura.
Selain itu, BWF akan segera menyalurkan maklumat terkini kepada persatuan badminton apabila tarikh baharu bagi kejohanan terbabit sudah ditetapkan.
“Kejohanan Siri Jelajah Dunia akan diteruskan seperti biasa dengan perlawanan dalam waktu terdekat ini adalah membabitkan Terbuka Swiss dan Terbuka All England,” katanya.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo