Artikel Terkini

Calon peperiksaan CLP akan diberi taklimat ‘cara lulus’

Calon peperiksaan CLP akan diberi taklimat ‘cara lulus’
Calon peperiksaan CLP akan diberi taklimat ‘cara lulus’ 1

Calon peperiksaan CLP akan diberi taklimat ‘cara lulus’
Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) menentukan sama ada graduan ijazah undang-undang layak menjadi pengamal undang-undang.

PETALING JAYA: Satu taklimat khas akan diadakan minggu depan bagi mempersiapkan calon peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) selepas laporan media baru-baru ini mempersoalkan kadar kelulusan rendah sebanyak 20% hingga 25%.

Sesi persediaan selama dua jam itu dianjurkan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) bagi mereka yang menduduki peperiksaan itu pada Oktober.

Beberapa calon terdahulu dan sekarang memberitahu FMT bahawa taklimat itu kali pertama dianjurkan lembaga selepas media mendedahkan kadar kelulusan tahunan yang rendah.

Dalam notis yang disiarkan di laman web LPQB, pengarah CLP Salwani Abdullah berkata sesi itu akan berlangsung selama dua jam pada 24 Sept, dengan objektif menunjukkan kesilapan yang kerap dilakukan calon terdahulu semasa menjawab soalan.

“Ini bagi membantu calon CLP menjawab soalan dengan betul. Sesi ini akan diselaraskan oleh pasukan CLP dengan dibantu oleh beberapa pengamal undang-undang kanan,” katanya.

CLP adalah langkah terakhir bagi pemegang ijazah undang-undang untuk menentukan sama ada mereka layak untuk menjadi pengamal undang-undang.

Calon dibenarkan mengambil peperiksaan sehingga empat kali dalam tempoh lima tahun sehingga mengundang kritikan supaya modul peperiksaan itu dirombak semula.

Kira-kira 2,000 calon mendaftar untuk CLP tetapi hanya 20% hingga 25% yang lulus peperiksaan, berdasarkan keputusan tahun lalu.

Seorang pemegang ijazah undang-undang yang akan menduduki peperiksaan itu untuk kali ketiga berkata walaupun sesi itu hanya selama dua jam, ia adalah “sesuatu yang lebih baik (ada) daripada tiada.”

“Ia telah mengecewakan kami selama ini. Saya tidak pasti sama ada sesi pendek itu akan membantu tetapi saya harap boleh dapat beberapa petunjuk. Apa yang lebih penting, perlu ada rombakan pada keseluruhan peperiksaan,” katanya kepada FMT.

FMT telah menghubungi Salwani untuk mendapatkan komen.


Calon peperiksaan CLP akan diberi taklimat ‘cara lulus’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list