Infotainment

“Caprice Layan Anak Saya Tak Nampak Fake”

“Caprice Layan Anak Saya Tak Nampak Fake”
"Caprice Layan Anak Saya Tak Nampak Fake" 1

Menerusi program MeleTOP semalam, isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis mendedahkan mengapa dia memilih penyanyi itu sebagai suaminya.

Farra menyifatkan penyanyi itu seorang yang penyayang dengan budak-budak menjadi sebab dia memilih Caprice sebagai pasangan hidupnya.

BACA: Caprice Nak Ajar Anak Tiri Cakap Bahasa Inggeris, Perancis

“Alasan yang kuat adalah kerana Caprice ini seorang yang sangat penyayang dengan budak. Jadi, dia berjaya memenangi hati saya dari oleh sebab itulah. Caprice dengan anak saya juga sangat rapat. Dia juga selalu membawa anak saya membeli barang permainan.

“Selain itu, bila kita keluar makan bersama, dia melayan anak saya tidak nampak palsu. Jadi, maknanya dialah orangnya,” katanya.

Dalam temubual tersebut, Caprice turut berkongsikan banyak cabaran dan ujian yang terpaksa dihadapi untuk menghalalkan hubungan mereka.

“Kita nak halalkan hubungan ada macam-macam ujian, saya risau tayang awal-awal orang masuk campur, ganggu, saya tak mahu netizen masuk campur, tak nak rosakkan proses hubungan kami,” katanya.

Sementara itu, Farra turut berkongsikan suaminya itu seorang lelaki yang baik namun ada juga sifat dan baran dan ego tersendiri.

“Caprice seorang yang baik, cuma adakala dia baran dan mempunyai ego sendiri. Jadi saya kena bagi dia semangat dan sabar. Saya kena sokong dia sentiasa,” katanya.


"Caprice Layan Anak Saya Tak Nampak Fake" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo