Artikel Terkini

Cara Mudah Tanam Limau Purut Dengan 4 Langkah Ini

Cara Mudah Tanam Limau Purut Dengan 4 Langkah Ini
Cara Mudah Tanam Limau Purut Dengan 4 Langkah Ini 1

Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix merupakan tanaman saka yang berasal dari Asia Tenggara. Hari ini limau purut banyak ditanam di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Ia dikenali dengan pelbagai nama seperti Keiffer lime (Kafir lime) di Barat, Bai makrut di Thailand dan di Indonesia dipanggil Jerut purut kerana rasanya masam dan sedikit pahit.

Limau purut ditanam secara meluas di seluruh dunia sebagai penyeri laman untuk diambil buahnya. Ia sesuai ditanam dalam bekas tanaman dan juga dalam pasu-pasu besar yang diletakkan di patio atau pun teres.

Limau purut kelihatan sama dengan limau nipis, cuma buahnya bulat, kulitnya lebih mengerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berair, masam dan pahit. Kadar tumbesarannya agak perlahan jika dibandingkan dengan limau lain. Ia boleh tumbuh sehingga 30 meter tinggi. Daunnya akan membiak dan berwarna hijau gelap. Struktur daunnya yang bersayap seolah-olah memberi gambarandua helai daun yang dicantumkan dari hujung ke hujung dan kelihatan seperti nombor lapan. Daunnya mengandungi sejenis minyak yang berbau wangi yang kuat, berunsur kimia dengan bahan sabininie sebanyak 14% dan bahan liminene sebanyak 15%.

Limau purut mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian. Ia juga kaya dengan khasiat semula jadi yang berkesan dalam dunia perubatan dan boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

Dalam industri kulinari, daun limau purut banyak kegunaannya. Ia menjadi pilihan suri rumah sebagai perisa dalam masakan seperti tomyam kerana aroma dan rasanya yang unik. Bagi masyarakat Malaysia, hidangan rendang, laksa dan asam pedas akan berkurangan kelazatannya sekiranya tidak dimasukkan daun limau purut ini.

Cara Mudah Tanam Limau Purut Dengan 4 Langkah Ini 2

Limau purut mempunyai khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan kerana ia mengandungi bahan aktif seperti anti histeria, anti tumor, pencuci asli, anti septik, anti bakteria dan pencegah kanser. Ia boleh membantu melancarkan sistem pernafasan dengan menyapu pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan. Dengan adunan sedikit garam dan daun limau yang digiling halus,  ia dapat menghilangkan masalah kekuningan pada gigi. Selain itu, ia boleh digunakan untuk membunuh pacat dan membantu untuk merawat gigitan serangga berbisa.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah bau badan, pati limau purut amat berkesan jika digunakan semasa mandian wap. Selain daripada dapat menghilangkan bau badan, ia juga dapat melembutkan kulit. Ia sering digunakan sebagai wangian dalam aromaterapi. Bau yang dihasilkan oleh limau purut boleh meningkatkan kesegaran dan mengeluarkan aroma nyaman memenuhi ruang rumah atau ruang pejabat.

Cara Mudah Tanam Limau Purut Dengan 4 Langkah Ini 4

Limau purut juga mempunyai khasiat istimewa. Di samping dapat melembut, melebat dan merapikan rambut, ia juga dapat menghilangkan masalah kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala pada masa yang sama meninggalkan bau wangi. Sebiji buah limau yang dipotong dua dan disental pada kulit kepala bukan sahaja dapat mewangikan rambut malah dapat mencuci kulit kepala yang berkerak.

Selain itu, limau purut juga dikatakan dapat memberi kesegaran dan kenyamanan dan meringankan masalah kulit yang bersisik dan perlu diamalkan ketika mandi. Kandungan asid sitrik semula jadinya dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga mampu menghilangkan migrain serta merangsang perjalanan darah.

Cara Penanaman

  1. Sediakan lubang penanaman berukuran 0.6 x 0.6 x 0.6 meter dan diisi dengan baja triplesuper phosphate (100 gram), baja tahi ayam (100 gram) dan 100 gram GML. Gaul hingga rata.
  2. Masukkan anak benih yang telah ditut atau yang didapati dari tapak semaian ke dalam lubang tadi. Masukkan tanah sehingga memenuhi lubang dan biarkan sedikit tinggi dari permukaan lubang.
  3. Kemudian siram.
  4. Jika pasu digunakan sebagai bekas tanaman, pastikan campuran tanah dengan kadar 3:1:1 (komposis tanah: tahi ayam: pasir). Isi campuran tadi ke dalam pasu sehingga paras 2 inci lebih rendah dari permukaan pasu dan mempunyai lubang air. Masukkan anak benih pokok tadi dan siram. Letakkan di tempat yang dapat menerima sinaran cahaya matahari yang mencukupi.

Penjagaan

  1. Anak pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2-3 bulan pertama.
  2. Bajakan anak pokok menggunakan tahi ayam reput dalam kuantiti 5 kg setiap satu, setiap 6 bulan bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun).
  3. Lakukan cantasan untuk membuang tunas air, ranting dan dahan yang berpenyakit dan kurang sihat.
  4. Kerja-kerja merumput perlu dilakukan dengan mencabut di keliling pokok-pokok muda. Elakkan dari menyembur racun kimia pada pokok kerana ia digunakan sebagai bahan makanan dan sebagai produk kesihatan.

Cara Mudah Tanam Limau Purut Dengan 4 Langkah Ini 6

Cara Mudah Tanam Limau Purut Dengan 4 Langkah Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo