Infotainment

Cetus Fenomena Di Malaysia, Kerusi ‘Gaming’ Tomaz Berjaya Menjadi Penyelamat Syarikat Ketika PKP

Cetus Fenomena Di Malaysia, Kerusi ‘Gaming’ Tomaz Berjaya Menjadi Penyelamat Syarikat Ketika PKP
Cetus Fenomena Di Malaysia, Kerusi ‘Gaming’ Tomaz Berjaya Menjadi Penyelamat Syarikat Ketika PKP 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat kerusi gaming semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Bukan sahaja menjadi pilihan para gamer, malah kerusi gaming ini turut digunakan oleh orang ramai khususnya mereka yang bertugas menggunakan komputer.

Sebut mengenai jenama Tomaz, pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama ini. Menawarkan seleksi produk buat lelaki dan wanita melibatkan beg dan kasut dengan harga mampu milik antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan di samping kualiti yang ditawarkan.

kerusi gaming tomaz

Sumber: Tomaz

Dalam pada itu, sekiranya anda masih ingat, jenama Tomaz nampaknya berjaya mencipta fenomena sewaktu beberapa tahun terakhir ini dengan melancarkan produk yang luar daripada kebiasaan mereka iaitu siri kerusi gaming.

Menerusi perkongsian tweet @aidi_ezzhar, CEO Tomaz turut mengakui kerusi gaming yang dilancarkan berjaya menjadi penyelamat mereka sewaktu musim PKP.

Berdasarkan perkongsian, Tomaz dimaklumkan turut terkesan dengan PKP yang melanda berikutan orang ramai yang bekerja di rumah serta tidak mempunyai jumlah wang yang banyak untuk dibelanjakan. Hal ini turut membuatkan sejumlah besar orang ramai memilih untuk tidak membelanjakan diri untuk perkara melibatkan fesyen.

Tomaz nampaknya tidak mengambil masa yang panjang dalam menawarkan produk yang sering digunakan orang ramai sewaktu berada di rumah dan hadir dengan harga mampu milik iaitu kerusi gaming.

Cetus Fenomena Di Malaysia, Kerusi ‘Gaming’ Tomaz Berjaya Menjadi Penyelamat Syarikat Ketika PKP 4

Lebih kreatif, dalam usaha membendung masalah melibatkan stok, Tomaz telah membuka pra-tempahan 3-6 bulan terlebih dahulu bagi mengumpul jumlah tempahan dan kemudiannya membuat tempahan di China secara pukal.

Rezeki menyebelahi mereka apabila jenama ini berjaya menjadi fenomena apabila berjaya menawarkan kerusi gaming dengan harga mampu milik. Malah, batch pertama kerusi gaming Tomaz hanya ditawarkan pada harga serendah RM200 sahaja dan seterusnya meningkat kepada RM400 pada batch kedua dan RM600 sewaktu batch ketiga.

Menerusi perkongsian, para usahawan berpeluang mengambil pengajaran daripada kisah Tomaz di mana harus kreatif dalam menyelesaikan masalah serta berjaya memberi impak kepada syarikat.

Kini, kerusi gaming Tomaz sudah hadir dengan pelbagai siri serta ditawarkan dengan harga mencecah RM899. Jenama ini turut melebarkan jaringan produk dengan menawarkan seleksi jam tangan premium dengan harga setinggi RM4,999.

Jenama Tomaz nampaknya bukan lagi dikenali sebagai jenama pengeluar barangan seperti kasut dan beg, malah pengeluaran produk terbaru mereka dilihat telah berjaya mengatasi produk-produk mereka yang sudah lama di pasaran.

Ketahui lebih lanjut mengenai kerusi gaming daripada Tomax menerusi Syrix II dan Vex dengan klik pautan di bawah.

Tomaz Syrix II Dan Vex, ‘Gaming Chair’ Premium Tetapi Dengan Harga Yang Berbaloi

Lihat Bagaimana PM Australia Dimaki Oleh Rakyatnya Akibat Kenaikan Kos Sara Hidup

Mod ‘Auto-Pilot’ Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura


Cetus Fenomena Di Malaysia, Kerusi ‘Gaming’ Tomaz Berjaya Menjadi Penyelamat Syarikat Ketika PKP 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list