Infotainment

Cik B Tak Setuju DSV Kahwin, Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal

Cik B Tak Setuju DSV Kahwin, Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal
Cik B Tak Setuju DSV Kahwin, Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal 1

Bakal menamatkan zaman janda dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia serius untuk berkahwin dan mungkin jodohnya sudah sampai.

Bagaimanapun, Vida berkata dia belum berani untuk memberitahu Cik B mengenai perkata itu. Menerusi temubual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Cik B berkata dia tidak setuju dengan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi.

BACA: Nak Nikah Disember Ini, DSV Belum Berani Beritahu Cik B

“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal umur 25 suka orang tua. Mesti ada sebab. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukuplah saya dengan Kacak. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B mendedahkan dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik dan sering kali bergaduh. Malah, hubungan mereka sangat renggang.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa.

“Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri,” katanya.

Kata Cik B lagi, pada awalnya dia menyangkakan kontroversi perkahwinan ibunya itu hanya marketing semata-mata tetapi tidak sangka ianya serius. Namun, jika sudah ditakdirkan jodoh mereka, dia berharap ibunya gembira.

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

“Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal,” katanya.

Diakhir temubual itu, Cik B sempat menitipkan pesanan buat ibunya supaya supaya menilai dahulu niat mana-mana lelaki yang mendekati dirinya sama ada kerana cinta atau sebaliknya.


Cik B Tak Setuju DSV Kahwin, Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo