Infotainment

“Contoh Ikon Belia” – ‘Sale’ Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairulaming Buka Cawangan Kilang Kedua Di Kelantan

“Contoh Ikon Belia” – ‘Sale’ Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairulaming Buka Cawangan Kilang Kedua Di Kelantan
“Contoh Ikon Belia” – ‘Sale’ Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairulaming Buka Cawangan Kilang Kedua Di Kelantan 1

Personaliti media sosial dan juga usahawan sambal, Khairulaming kini ‘mendunia’ apabila dia mengumumkan mengenai pembukaan kilang sambal nyet miliknya yang kedua pada Selasa.

Kata Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman itu lagi, perniagaan sambal yang diusahakan sejak awal 2021 itu telah mencapai jualan mencecah RM14 juta bersamaan dengan 1 juta botol.

Berita gembira itu turut diuar-uarkan Khairulaming di kesemua platform media sosialnya untuk pengetahuan peminat yang juga pelanggan sambalnya itu.

Sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal sehari. Team kita dah berkembang dari lapan naik ke 50 orang.

Saya gembira nak umumkan yang kita akan tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi, selamat datang ke kilang kedua saya.

Difahamkan, premis membuat sambal itu berlokasi di Kota Bharu, Kelantan dan berkeluasan hampir 22,000 kaki persegi.

Ia juga akan menjadi tempat persediaan bagi produk keduanya kelak.

Khairulaming dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengikut media sosialnya yang sentiasa menyokong dari awal kemunculan produk sambal sehinggalah ke hari ini.

Netizen juga tampil mendoakan agar perniagaan yang diusahakannya itu terus berkembang maju dan mampu menembusi pasaran global.

Tahniah diucapkan buat Khairulaming. Semoga sukses selalu!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

KA


1 bulan lalu

(VIDEO) “Macam Ini La Bos” – Netizen Puji Khairul Aming Belanja Staff ‘Sambal Nyet’ Bercuti


“Contoh Ikon Belia” – ‘Sale’ Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairulaming Buka Cawangan Kilang Kedua Di Kelantan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list