Berita

Covid-19: 900 sembuh, 1,304 kes baharu, 1 kematian hari ini

Covid-19: 900 sembuh, 1,304 kes baharu, 1 kematian hari ini 1

Covid-19: 900 sembuh, 1,304 kes baharu, 1 kematian hari ini 2

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 900 kes hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 32,969 kes atau 73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes sembuh iaitu 447 kes.

Selain itu, katanya, pecahan kes sembuh ialah Sabah (447 kes), Selangor (154 kes), Pulau Pinang (113 kes), Negeri Sembilan (82 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (75 kes), Kedah (14 kes), Terengganu (enam kes) dan masing-masing tiga kes sembuh membabitkan Sarawak, Johor dan Perak.

“Secara keseluruhannya, sehingga 13 November 2020, jam 12 tengah hari, sebanyak 1,304 kes baharu dilaporkan dan ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 45,095 kes.

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,822 kes.

Untuk makluman, Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes iaitu 42.6 peratus daripada keseluruhan kes positif pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 96 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 304 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Menurutnya, kes kematian itu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi yang meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Covid-19: 900 sembuh, 1,304 kes baharu, 1 kematian hari ini 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo