Berita

Cubaan seludup 995 kg ketum ke negara jiran gagal

Cubaan seludup 995 kg ketum ke negara jiran gagal 2

Padang Besar: Sebanyak 995 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM29,850 yang cuba diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dalam lima operasi ‘Op Benteng Covid-19’ di sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dan Kuala Perlis bermula Sabtu hingga semalam.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, rampasan berkenaan dilakukan oleh anggota dari Batalion 1 PGA yang berpangkalan di Ulu Kinta, Perak.

“Dalam kejadian pertama kira-kira 6.30 petang Sabtu lalu, anggota PGA yang sedang membuat rondaan di kawasan getah di Felda Mata Ayer, di sini menemui 10 guni putih mengandungi daun hijau disyaki ketum seberat 300 kg yang dianggarkan bernilai RM9,000.

“Selain itu, kami turut menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipercayai ditinggalkan penyeludup ketika dikejar oleh anggota kita yang mana kenderaan berkenaan dianggarkan bernilai RM65,000,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, rentetan penemuan daun ketum itu, pihaknya menggiatkan langkah pembanterasan penyeludupan bahan terlarang berkenaan dan pada jam 11.15 malam pada hari sama, pihaknya menemui 11 guni daun ketum seberat 275 kg bernilai RM8,250 di tepi sungai di Kampung Wai, Kuala Perlis.

“Pada hari berikutnya pula, anggota PGA yang membuat rondaan di sebuah kawasan kebun getah di Padang Besar pada jam 6.30 pagi menjumpai lima guni putih mengandungi daun hijau disyaki daun ketum seberat 150 kg bernilai RM4500.

“Rampasan pada hari berkenaan itu bagaimanapun belum menunjukkan tanda akan berakhir apabila dalam jangka masa 50 minit kemudian anggota kita menemui lapan lagi guni putih mengandungi daun hijau disyaki ketum seberat 240 kg bernilai RM7,200 di kebun getah berhampiran laluan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

“Pembanterasan daun ketum sepanjang semalam akhirnya berakhir dengan penemuan satu guni putih yang mengandungi daun hijau dipercayai daun ketum seberat 30 kg bernilai RM900 dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero di sebuah ladang getah di Chuping, di sini sekitar jam 10 pagi,” katanya.

Beliau berkata, kesemua rampasan daun ketum berkenaan dianggarkan bernilai RM29,850 manakala rampasan kenderaan pula dianggarkan bernilai RM90,000.

“Kita percaya bekalan daun ketum ini cuba diseludup ke Thailand kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi di negara berkenaan setiap hari.

“Bagaimanapun dalam operasi berkenaan tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Cubaan seludup 995 kg ketum ke negara jiran gagal 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo